"Sha, nak minta tolong boleh? Boleh tak kau tolong organize satu percutian untuk bebudak course kita? Ingat nak buat di Pangkor." Haish, memandangkan aku sekarang menjadi orang Manjung yang merupakan daerah kepada Pulau Pangkor maka terpaksalah aku memenuhi permitaan dari kawan-kawan sekuliyahku yang beria-ia benar ingin 'gathering' di pulau tersebut. Al-maklumlah, hampir 6 bulan kami terpisah kerana masing-masing menjalankan latihan praktikal di negeri dan daerah yang berbeza. Buat pertama kalinya, aku diberi kepercayaan ini dan hasil dari kesungguhan aku yang didorong oleh semangat mereka, tanggal 30-31 Januari 2010 terciptalah 'Environmental Health Student at Pangkor Vacation'. Alhamdulillah, program percutiaan selama 2 hari 1 malam yang disertai oleh 35 orang (jumlah keseluruhan 63 orang, 28 orang tidak dapat turut serta) telah berjalan dengan lancar. Sepanjang program tersebut, sempat jugalah aku merakamkan kenangan yang indah bersama mereka bertemankan keindahan alam semulajadi yang sememangnya cukup berharga untuk diingati. (*click pada gambar untuk 'view' yang lebih jelas)
Nigerian workers strike over cost of living crisis
8 months ago