BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

Friday, August 26, 2016

Welcome to The World, Ahmad Naqeeb!!

sedang menunggu untuk discharge wad
Alhamdulillah... Segala puji-pujian pada Allah atas limpahan rahmat dan kasih sayangnya yang tidak terhitung banyaknya. Pagi itu (26/03/16) merupakan hari Sabtu. Seperti biasa aku dan suami bangun untuk solat subuh ditemani anak sulung kami Ahmad Naufal yang sememangnya akan bangun di awal pagi. Dalam lingkungan jam 7.30 pagi sebelum kami bersarapan aku ke tandas dan mendapati ada sedikit darah yang keluar. Ketika itu aku masih lagi kebingungan dan tertanya-tanya darah apakah ini? Takkanlah dah nak bersalin sebab langsung tiada rasa sakit atau "contraction" seperti sewaktu melahirkan Naufal dulu. Lalu aku menelefon Ummi dan Mak menceritakan perihal tersebut. Mereka menasihatkan aku untuk terus ke hospital. Aku masih berat hati untuik pergi kerana memikirkan yang nanti terpaksa duduk lama di hospital memandangkan tiada contraction lagi. 

Semasa kami bersarapan, aku pesan pada Naufal, "harini Naufal kene duduk dengan Ibu Lin (pengasuhnya). Ibu nak pi hospital, baby nak keluar". Dia membalas dengan muka penuh harapan, " Nak duk ngan ayahlah, boleh?". Ayahnya menjawab, " Tak boleh, ayah nak hantar ibu ke hospital". "Alaaaaaa...",rungutnya sambil menunjukkan riak wajah kecewa. Selepas sarapan, aku sempat mengemas rumah, bersihkan bilik air, kemas dapur dan siapkan pakaian Naufal untuk ke rumah pengasuh. Jam 10 pagi, pengasuh Naufal tiba di rumah kami untuk membawa Naufal pergi bersamanya memandangkan dia sekeluarga perlu menghadiri majlis pertunangan anak saudaranya. Ku lihat wajah Naufal sangat sedih dengan mata yang bergenang sambil melambaikan tangan ke arah kami. Aku segera beredar dari kereta tersebut, bimbang dia menangis.

Selesai segala urusan kami bergerak menuju ke Hospital Jasin. Segaja memilih hospital tersebut kerana sangka ku di sana tidak ramai orang dan lengang. Jam 11.30 kami tiba di hospital tersebut. Ya, tepat sangkaan ku. Memang tiada pesakit yang ingin bersalin ketika itu. Jadi segala tumpuan diberikan kepada ku. Aku menjalani prosedur biasa di sana. Tapi masih tiada sebarang contraction dan bukaan. Memandangkan hari Sabtu tiada doktor yang bertugas di situ, mereka mencadangkan aku untuk dirujuk ke Hospital Melaka dengan alasan "bacaan CTG baby tak cantik". Hahahahaha.. Aku pasrah sambil dalam hati kata, "ke Hospital Melaka juga akhirnya." Kakak misi pun sempat berseloroh dengan ku sambil ketawa, "Maaflah, takde rezeki awak nak besalin kat sini. Lain kali la pula ya"..

Ambulance yang membawaku tiba di Hospital Melaka jam 2.30 petang. Selang beberapa minit, suamiku juga tiba di sana. Aku sekali lagi menjalani prosedur yang sama. Jam 3.30 petang, doktor memaklumkan yang bukaan ku hanya 3cm.  "Yalah, saya tak rasa sakit pun lagi doktor", aku cuba meyakinkan doktor yang aku masih ok kerana bimbang di  "induce" atau ceaser. Jam 4.00 petang, doktor membantu memecahkan air ketuban. Katanya kalau air ketuban dah pecah, baby akan mula mencari jalan keluar dan contraction akan berlaku. Ketika itu fikiranku sudah mula diasak dengan berbagai-bagai kemungkinan yang merisaukan memandangkan aku masih tidak merasa sebarang kesakitan. Tapi aku tetap cuba tenangkan diri, berwhatsApp dengan suami ku dan pengasuh Naufal menceritakan kebimbangan ku dan ditenteramkan oleh mereka dengan kata-kata semangat. Dalam hati tidak putus-putus berdoa. Bibirku tidak henti-henti berzikir dan mohon pada Allah agar dipercepatkan urusan bersalin sebab aku tak mahu lagi tunggu lama-lama di katil tersebut.

Akhirnya aku ditolak masuk ke "labour room" pada jam 5 petang. Doktor memeriksa bukaan yang masih lagi 3cm. Setiap setengah jam mereka akan datang memeriksaku samada sudah ada rasa sakit atau belum. Jawapan aku masih sama, tiada rasa sakit. Doktor menenangkan aku, "takpelah, awak rehatlah dulu kat sini, nanti kalau ada rasa sakit panggil ye". Setiap saat yang berlalu terasa begitu panjang. Jam 6 petang aku sudah mula rasa tidak selesa. Perutku sudah mula rasa memulas. Tapi aku biarkan sahaja kerana aku masih mampu menahannya. Sakit-sakit manja gitu. Hehe. Tiba-tiba, pada jam 6.30 petang, aku terasa amat sakit sekali. Sukar nak digambarkan bagaimana rasanya, aku terus menjerit memanggil nurse yang bertugas. Ketika itu mereka sedang bertungkus lumus membantu pesakit dibilik sebelah yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan. Seorang kakak nurse datang kepada ku dan bertanya, "awak ni sakit contraction ke, sakit nak teran?". Aku antara sedar atau tidak menjawab, " Tak taulah,tapisakit sangat ni". Dia minta aku mengambil posisi untuk memeriksa ku dan alangkah terkejutnya dia bila mendapati kepala baby sudah kelihatan. Aku memohonnya untuk panggilkan suami ku. Sambil itu dia membantu ku untuk meneran kerana aku betul-betul tidak dapat menahannya lagi. Jam 6.45 petang, seorang bayi lelaki kecik comel selamat dilahirkan dengan berat 2.2kg. Suami ku yang ketika itu baru tiba di bilik tersebut tergamam melihat bayi yang sedang dipotong tali pusatnya. "Eh, dah keluar dah? Cepatnya, tak sempat nak tengok." katanya yang sangat teruja. Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa ku dan segalanya amat lancar sekali. Beberapa minit kemudian, doktor yang tadinya meminta untuk ku berehat datang kembali untuk memeriksa ku dan agak terkejut melihat segalanya telah selesai. Aku membalas, "Alhamdulillah, selamat dah doktor. Kakak ni sorang je uruskan saya tadi" sambil menunjukkan kearah nurse tersebut. Doktor menjawab sambil berseloroh, "eh, bukan die soranglah. Tu ade lagi sorang dalam perutnya". Baru aku tau yang rupanya kakak nurse tu sedang mengandung 5 bulan.

Allahuakhbar, bahagia menyelubungi segenap jiwa ku menghilangkan segala kegelisahan. Walaupun bersalin di Hospital Melaka yang sememangnya sentiasa sibuk dan tak putus-putus menyambut kelahiran, tetapi aku tetap mendapat layanan yang baik dari petugas-petugas di situ dan diberikan wad yang selesa. Segalanya Allah yang tentukan, kita hanya mampu merancang sahaja. Jadi berserahlah bulat-bulat pada Allah, nescaya Allah akan bantu kita. Ternyata pengalam kelahiran kedua ini lebih mudah dan indah. 

SUBHANALLAH.... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKHBAR!!

Wednesday, May 13, 2015

Umrah (Part 2) : Persediaan Sebelum Mengembara Menuju Kaabah

Alhamdulillah... Ku panjatkan segala kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan limpah kurnianya serta atas setiap urusan yang dipermudahkan olehNya. Begitu teruja rasanya untuk membuat persiapan  dan menguruskan hal-hal yang berkaitan untuk mengembara menuju Kaabah, menjadi tetamu Allah 'Azza wa Jalla.

PENYEDIAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN.

1. Pasport.
Comelkan? Pasport anak lelakiku. Hehe
Memandangkan kami sekeluarga tidak pernah ke luar negara, maka kami ke Pejabat Imegresyen untuk membuat pasport. Prosesnya sangat mudah dan hanya mengambil masa satu jam untuk mendapatkan pasport tersebut. Bayaran yang dikenakan pada tahun ini adalah RM200 bagi tempoh 5 tahun untuk dewasa dan RM100 untuk bayi atau kanak-kanak.

2. Gambar visa.
Gambar Visa Kami ;)
Untuk gambar visa umrah, perlu memakai pakaian hitam dan bagi lelaki tidak boleh bersongkok atau menutup kepala. Bayarannya bergantung kepada kedai gambar. Kebiasaannya antara RM10-15 bagi 4 keping gambar beserta salinan "softcopy".



3. Pengesahan Mahram
Bagi pasangan suami isteri perlu menyediakan salinan sijil perkahwinan yang disahkan salinannya oleh pihak Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Bagi anak pula, perlu disediakan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negeri.

4. Suntikan Meningitis
Suntikan ini ada disediakan oleh klinik-klinik swasta dan kosnya RM100-150 seorang bagi tempoh 2 tahun.

5. Duit Bayaran Pakej Dan Perbelanjaan.
Ya, ini pastinya perkara yang paling penting untuk disediakan. "No money, no talk". Alhamdulillah, disebabkan Abah telah "topup" sejumlah duit yang masih belum mencukupi jadi aku dapat membuat bayaran penuh pada bulan Mac  2015 dan menyerahkan semua dokumen-dokumen yang tersebut di atas kepada pihak Andalusia Travel & Tour. Sebenarnya tempoh serahan dokumen dan bayaran penuh adalah selewatnya sebulan sebelum tarikh keberangkatan. Tetapi disebabkan terlalu "excited" dan risau akan timbulnya sebarang kemungkinan, jadi aku selesaikan urusan tersebut seawal yang mungkin. 
Jumlah Bayaran Pakej
(Penebangan, Penginapan & Makanan):
RM5500 x 4 orang dewasa
+ RM1500 x 1 orang kanak-kanak bawah usia 2 tahun
= RM 23, 500#
Suami ku sedang membuat urusan pertukaran wang.
Selain itu, kami juga membuat pertukaran mata wang seawalnya bagi mengelakan sebarang kemungkinan terutamanya kemungkinan duit itu dibelanjakan untuk hal-hal lain. Hehehehe...

RM2000.00 = 2010.05 Riyal

6. Mengisi borang cuti dan borang ke luar negara.
Bagi penjawat awam, kami perlu mengisi dua borang tersebut dan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan. Alhamdulillah, segalanya telah ku uruskan pada bulan April setelah mendapat surat maklumbalas dari pihak HQ Andalusia di Kuala Lumpur. Surat tersebut mengandungi maklumat jemaah, tarikh dan masa penerbangan pergi-balik.


PERSEDIAAN ROHANI.

1. Cari dan tambahkan ilmu (Kursus Umrah)
Kami menghadiri kursus umrah yang telah disediakan oleh pihak Andalusia Travel & Tour. Kursus bermula pada jam 9.00am-1,00pm pada setiap hari Sabtu. Pihak andalusia juga menyediakan kudapan seperti nasi goreng dan air teh bagi para jemaah secara percuma. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki mereka.

2. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, bersedekah, solat malam dan yang paling penting solat sunat taubat dan berusaha untuk berubah meninggalkan segala perkara mungkar dan maksiat.

3. Memohon maaf kepada semua kenalan, sanak saudara dan keluarga terutamanya kedua ibu bapa.

4. Banyakkan berdoa dan solat hajat supaya Allah menerima setiap amalan kita, mengampunkan dosa kita, mengurniakan kita kesihatan yang baik, terhindar dari godaan dan hasutan syaitan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana.

4. Berazam untuk melipatgandakan amalan dan ibadah sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang mabrurah.










Tuesday, May 12, 2015

Umrah (Part 1) : Titik Permulaan.

Di saat insan2 lain sedang lena dibuai mimpi mata ini masih enggan tertutup, minda ini masih ligat terawang-awang. Pelbagai perkara berlegar2 dlm fikiran. 6 hari lagi aku bakal meninggalkan bumi Malaysia. Merehatkan diri dari kesibukan tugas harian selama 2 minggu. Bermusafir ke Makkah tul mukarramah bagi menunaikan ibadah umrah dan menziarahi baginda Rasulullah SAW serta para sahabat di Madinah tul munawarah. Sejujurnya, aku sendiri tidak menyangka aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana. Niat ku pada asalnya semata-mata ingin membawa Ummi dan Abah ku ke Mekah. Itulah cita-cita paling besar dalam hidupku semasa mula2 aku ditawarkan utk bekerja di tempat kerja ku sekarang. Setiap kali melihat saudara-mara ataupun rakan-rakan pergi ke sana, setiap kali itu terdetik di hati ini, "alangkah bestnya klu dapat bawa umi dan abah ke sana sementara mereka masih sihat". Namun, aku hanya pendamkan sahaja cita-cita tersebut kerana aku sedar yg kewangan ku masih belum cukup untuk itu. 


 وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ 
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan ‘umrah karena Allah.”
( Al Baqarah 196)

Sehinggalah pada awal Januari yg lalu, entah bagaimana ketika sedang berbual dgn umi dan abah aku dengan spontannya berkata, "Nanti org nk bawa umi dan abah pergi Mekah. Tapi tak tahu lah bila. Mungkin tahun depan kot (2016)" sambil tergelak sendiri kerana aku xpasti aku mampu mengotakan kata2 ku itu ataupn tidak. Benarlah seperti apa yg abah ku selalu sebut, "wang x berkuasa, Allah yg berkuasa".. Allahu Akhbarrr.... Sebulan selepas itu, ketika aku sedang melintasi bangunan premis Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd‎, hati ini memaksa ku untuk singgah ke situ. Di situ, aku bertanyakan tentang pakej umrah yg ditawarkan. Pekerja di situ juga menerangkan dengan begitu terperinci sekali dan siap bertanya kepada ku berapa jumlah ahli keluarga yang akan ikut serta dan bila akan berangkat. Aku menjawab dengan yakin dan mereka melayaniku seolah-olah aku benar-benar telah yakin akan menyertai pakej umrahnya. Sedangkan ketika itu, aku langsung tidak berbincang dengan sesiapa termasuk umi dan abah ku. Terasa seperti diri ini seolah tidak berdiri di bumi yang nyata dan dengan angan-angan yang entah betul entah tidak. Aku pulang ke rumah dengan membawa senaskah risalah yg terkandung pelbagai jenis pakej umrah dari agensi tersebut dan menunjukkannya pada suamiku. Sambil dia mengamati kandungan risalah tersebut, aku segera membuka buku akaun simpanan ku. Lantas, aku mengajak suami ku utk mengerjakan umrah bersama, "Org ingat nak bawa umi dan abah pi umrah lah bulan 5 ni. Jom syg, kita bawa Naufal sekali. Tapi duit org macam x cukup aje lagi RM3000. Cukup utk 2 org (umi & abah) sahaja". Suami ku agak terkejut dan berasa janggal dengan ajakkan ku. Dia kelihatan tidak yakin dan mungkin langsung tidak pernah terlintas di fikirannya utk menunaikan umrah seawal ini. Dia bertanya, "Urm, berapa harganya utk 5 org?". Aku dengan semangatnya mengira dan dia mengambil buku akaun simpanannya. Wah, masih banyak rupanya duit simpanan dia. Namun, dia kelihatan agak berat utk melihat angka dalam bukunya akan menyusut. Lantas, aku terus memujuknya. Aku yakinkan dia bahawa setiap wang/harta yg dibelanjakan ke jalan Allah, utk beribadah kepada Allah, InsyaAllah Allah akan gantikannya dengan lebih banyak dan melimpah ruah (hehehehe). 


Akhirnya dia akur, dan setuju dengan cadangan ku. Aku dengan penuh berbesar hatinya menelefon umi ku dan menyatakan hal tersebut. Umi seakan tidak percaya dan begitu teruja sekali. Dia bertanya, "Awak ni biar betul. Awak tak sayang ke duit awak? Bukan senang nak simpan balik nanti". Dan jawapan ku tetap sama, "Setiap wang/harta yg dibelanjakan ke jalan Allah, utk beribadah kepada Allah, InsyaAllah Allah akan gantikannya dengan lebih banyak lagi". Alhamdulillah, target ku untuk membawa umi dan abah ke Mekah pada tahun hadapan (2016) rupanya telah diperkenankan oleh Allah pada tahun ini. Bahkan, Allah gandakan lagi dengan memberi peluang kepada aku, suami dan anak untuk turut serta. Maha Suci Allah, tiada yg mustahil baginya. Allah telah membuka jalan dan memberi kemudahan kepada kami sekeluarga. Benarlah kata-kata kawan2 baek ku ketika aku menyatakan angan2 ku utk membawa umi dan abah ke sana. Mereka meyakinkan aku bahawa jika niat kita baik, ikhlas utk gembirakan kedua ibu bapa kita insyaAllah sepayah mana pun pasti Allah akan mudahkan... Allahu Rabbi.. menitis air mata ku bila mengenang kembali kata-kata tersebut. Moga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga pada mereka, sahabat dunia akhirat.

Hanya berbaki 4 hari lagi untuk berangkat ke Jeddah. Diri ini insan pendosa. Selayak manakah diri ini mampu untuk menjadi tetamuNya? La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin. Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Doakan agar dapat melaksanakan ibadah umrah dengan cemerlang, dikurniakan kesabaran yang tinggi sepanjang di sana, diberikan kesihatan yang baik dan seterusnya mendapat umrah yg mabrurah. Moga kembara ini akan menyucikan jiwaku yg kelam. Moga ianya juga dapat hijrahkan diri ini untuk menjadi manusia yang lebih baik, hamba Allah yg lebih beriman. Menjadi anak, isteri dan ibu yg lebih solehah. Allahumma ameenn...

Thursday, August 28, 2014

Setahun Bersama Ahmad Naufal

Ahmad Naufal Bin Mohd Nor Al Mustakim. Hari ni, 28/08/2014 genap usiamu setahun. Begitu cepat rasanya masa berlalu, seakan baru semalam ibu mendapat perkabaran gembira dari doktor tentang kewujudanmu dalam rahim ibu. Sungguh, kau adalah anugerah yang terindah dari Maha Pencipta. Masih segar di ingatan 38 minggu kamu dalam kandungan ibu. Segalanya berjalan dengan begitu mudah dan indah hinggalah saat kamu dilahirkan. Moga ibu dapat mendidik kamu sebaik mungkin dan menjadi anak yang soleh yang mampu membawa ibu ke syurga. Sayang kamu selamanya...

Thursday, August 29, 2013

Pengalaman Pertama Bergelar Ibu

Allah sebaik-baik perancang. Petang itu (27/08/2013) aku begitu teruja dan gembira menerima surat kelulusan bagi permohonanku untuk cuti awal 11 hari dari EDD iaitu bermula keesokan harinya (28/08/2013). Aku sengaja memohon cuti awal kononnya ingin berehat dan membuat persiapan untuk pulang ke Kuantan, Pahang dan bersalin di sana. Ketika itu terasa lapang dada ini, kerana hari itu merupakan hari terakhir aku bekerja dan akan bercuti panjang.

Di sebelah malamnya, selepas isyak aku duduk berehat sambil menonton televisyen bersama suami tercinta. Saat itu aku mula berasa tidak selesa. Perutku memulas-mulas, berulang-alik setiap sejam ke tandas. Aku puas berfikir kalau-kalau ada tersalah makan dan bimbang terkena "food poisoning". Aku kemudiannya menelefon ummi dan mak bertanyakan tentang masalah tersebut. Kata mereka, aku mungkin dah nak bersalin sebab sepertinya rasa sakit itu adalah kontrasi. Namun aku menafikannya dan memberikan berbagai alasan. Mana mungkin dah nak bersalin, tak rasa apa-apa yang luar biasa pun. Hanya rasa sakit perut seperti ingin membuang air besar. Apapun pesanan mereka tetap aku pegang, katanya kalau sakit semakin kerap terus segera ke hospital. Aku terlena pada jam 10. Segala sakit tidak lagi ku endah (tidur tak ingat dunia). Selang beberapa jam selepas itu, aku mula rasa tidak selesa. Segera ku bangkit dari tidur dan meluru ke tandas dan kembali berbaring. Waktu ketika itu adalah 3.30pagi. Tiba-tiba terasa seperti ade cecair hangat yang mengalir keluar. Aku kejutkan suami yang sedang lena tidur, ku lihat ada lendir bercampur darah keluar. Ternyata sangkaan umi dan mak memang benar. Tapi masih juga aku lengahkan, "alah, lambat lagi nak keluar ni". 

Atas nasihat suami, aku bersiap untuk ke hospital dan dengan segera dia menghantar ku. Setelah selesai urusan pendaftaran, aku terus menyuruh dia pulang untuk berehat dan bersiap untuk ke tempat kerja memandangkan Subuh hampir tiba. Aku siap pesan kepadanya, "Takpa, sayang baliklah dulu. Pergi je kerja. Mesti lambat lagi orang nak bersalin ni sebab katanya bukaan baru 1cm. Entah-entah petang nanti". Yakin! Dia akur. Subuh itu sangat membosankan. Kehulu-kehilir aku mundar mandir dalam kawasan wad bersalin tersebut. Entah sudah berapa kali aku masuk ke tandas dek kerana perut yang asyik memulas. Kadang aku berdiri, kadang aku duduk. Sangat bosan! Tiada tempat untuk berbaring memandangkan wad semua penuh. Aku dipanggil untuk diperiksa denyutan nadi bayi. Argh, itulah bahagian yang aku paling benci! Alat itu seperti tali pinggang yg diikat pada perut. Ianya tidak menyakitkan tetapi angsung tidak boleh bergerak,terbaring kaku. Dalam keadaan perut yang asyik2 memulas, terpaksalah aku kakukan juga badan. Saat itu kesabaran benar-benar teruji. Bibirku tidak lekang menyebut nama Yang Esa, beristighfar cuba melapangkan fikiran dan menenangkan hati agar ketidakselesaan itu tidak begitu dirasai. 

Saat demi saat berlalu, jam 9.30pagi mereka telah mengusungku ke "labour room" kerana bukaan sudah hampir 4cm. Di situ sangat dingin dengan penyaman udara yg dipasang. Perutku semakin terasa memulas dan kali ini lebih kerap. Allah, tuhan sahajalah yang tau betapa tidak selesanya saat itu. Mereka menyuruhku berbaring dalam keadaan mengiring ke kiri bagi melancarkan penafasan bayi dan memudahkan laluannya. Alhamdulillah, aku diberi layanan yang sangat baik dari jururawat di situ walaupun hanya di hospital kerajaan. Salah seorang dari mereka mengurut belakangku dan cuba menenangkan aku dengan kata-kata positif. Aku menghubungi suami ku di tempat kerjanya dan meminta dia segera hadir. Dia seakan tidak percaya dan pada 10.30pagi dia tiba di sisiku. Sesampai sahaja, dia tersenyum dan bertanya "syg, dah nak keluar ke?" dengan penuh keterujaan. Aku hanya menjeling sambil membalas senyumannya. Kurasakan kesakitan semakin kuat, mahu sahaja aku berlari ke tandas. Memang betul-betul memulas perutku seperti diperah-perah. Aku meminta jururawat tersebut memeriksa jalan kerana aku betul-betul sudah tidak tahan lagi. Dia memanggil doktor dan doktor mengesahkan yang masanya sudah tiba. Segala persiapan dilakukan, mereka membetulkan posisi ku dan memberi kata-kata semangat untuk aku. Riuh-rendah bilik tersebut. Mana tidaknya hampir 10 orang mengerumuni aku. Bekerja keras mereka membantuku. 

Sungguh, jasa mereka tidak terbalas. Terasa ingin memeluk mereka semua dan mengucapkan terima kasih yang teramat sangat! Suami ku tidak kurang hebatnya, sama-sama menempikkan semangat. Ketika itu hilang segala sakit, sedaya upaya aku "push" dan akhirna jam 11.40pagi keluarlah seorang bayi lelaki yang sangat comel dan sangat cerah kulitnya. Ku lihat dia menangis sekuat hati dalam pelukan ku. Sempat ku bertanya pada suami, "betul ke ni anak kita?" seakan tidak percaya kerana terlalu indah ciptaannya. Putih suci. Sesudah itu, suamiku mengazankannya dan beredar keluar sementara mereka merawatku. Saat itu, tiada lagi ketidakselesaan dan kesakitan. Aku terbaring tenang dan fikiranku kosong. Syukur tidak terhingga terasa seperti apa yang dilalui sebentar tadi hanya mimpi.

Tuesday, August 20, 2013

Menanti Sebuah Kelahiran

Lama benar rasanya tidak "mengupdate" blog kesayangan ku ini. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Masih lagi berkesempatan untuk menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan (Alhamdulillah, dapat puasa penuh tahun ni..hihi) dan seterusnya menyambut kehadiran Syawal bersama keluarga dan suami tercinta buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah, atas segala nikmat kebahagiaan, kesenangan dan rezeki yang tidak putus-putus dari Mu buat diriku. Kini aku dan suami sedang menanti suatu saat di mana kami akan bergelar ibu dan ayah. Kandungan ku kini sudah memasuki usia 37 minggu (9 bulan), tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk sampai ke tarikh yg dijangka iaitu 08 Sept 2013. Namun, itu hanya jangkaan manusia semata, bila-bila masa sahaja dari sekarang jika dikehendaki oleh Allah, maka akan bersalinlah aku.


My Little Caliph: 35 weeks
Tiada apa yang dapat dicoretkan tentang pengalaman luar biasa sepanjang kehamilanku kerana segalanya berjalan dengan biasa-biasa sahaja. Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas dan tanpa sedar aku telah pun sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, di awal kehamilan hingga la ke saat ini aku tidak mengalami sebarang masalah sama ada loya, muntah, sakit-sakit dan sebagainya. Aku masih mampu bergerak aktif dan menjalankan tugasku di tempat kerja dan di rumah seperti biasa. Terkadang aku hampir terlupa yang aku sedang mengandung kerana terlalu selesa seperti kebiasaannya. Alhamdulillah, bayi dalam kandunganku juga sangat baik dan tidak langsung membebankan aku. Cuma bila sudah sampai di penghujung kehamilan ni terasa cepat penat dan pergerakan juga agak terbatas (dah tak boleh nak jalan laju-laju..huhuhu)Bila dah sampai 9 bulan ni barulah terasa seperti ibu mengandung. Indahnya sebuah kehamilan bila dapat merasai degup jantung bayi dalam kandungan dan gerak gerinya yang sering mencuit perhatian aku dan suami. Subhanallah, betapa hebatnya ciptaan Allah. Moga anak yang dikandung ini akan menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah. Aku juga berharap aku mampu menjadi seorang ibu yang sempurna sepanjang membesarkannya dan dapat mendidiknya supaya menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya dan menjadi anak yang mampu memimpin ku ke syurga.


Minggu lepas, aku telah dimasukan ke Hospital Melaka. Kisahnya bermula apabila aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan rutin dan bertanyakan jururawat berkaitan air ketuban (amniotic fluid) kerana pada pagi itu aku merasakan seolah-olah ade air yang mengalir keluar. Lantas, dia terus menasihatkan aku untuk ke hospital untuk mendapatkan pengesahan kerana bimbang terdapat kebocoran. Agak menyesal juga kerana bertanyakan hal tersebut kerana tak pasal-pasal aku ditahan wad selama 2 hari untuk memastikan kesahihan perkara tersebut. Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Tenyata kejadian itu benar-benar memberi pengalaman dan ilmu kepada aku dan juga suami. Dari situ, kami dapat lihat situasi di wad bersalin dan dapat "update" mana-mana barang keperluan di wad yang masih belum cukup. Selama 2 hari di hospital, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Air ketuban masih banyak, tiada "leaking", denyutan jantung bayi juga normal dan bayi masih bergerak aktif. Dengan bahagianya aku dapat pulang ke rumah. InsyAllah, 28 Ogos 2013 ni aku akan mula bercuti. Merehatkan diri dari tugas. Dah tiada "mood" untuk kerja, rasa nak rehat puas-puas sementara tunggu proses kelahiran ni. Dalam perancangan 30 Ogos tu aku akan berangkat ke Kuantan sebab nak bersalin di sana. Harap-harap sempatlah, moga dipermudahkan.


Begitulah sedikit kisahnya. Menanti sebuah kelahiran. Kelahiran dan kematian konsepnya sama. Dari tiada kepada ada, dari ada kepada tiada. Tidak kiralah siapa pun dia, dia pasti akan melalui kedua-dua proses tersebut. Cuma kita tidak tahu bila akan terjadi. Segalanya dalam kerahsiaan Allah dan telah terlakar di Luh Mahfuz. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah yang berkuasa menentukannya.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati."
(Surah Al-Mukminun: Ayat 12-14)

Wednesday, April 17, 2013

Bila Kita Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap

Berkulit gelap, kulit hitam bukanlah aib. Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan telinga. Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang-kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita. Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita. Inilah satu-satunya cara untuk melawan dan mencegahnya agar tidak mengulangi perbuatan itu. Jika kita tidak sama sekali menghiraukan ejekannya, maka dia akan merasakan tidak mampu lagi untuk memancing emosi kita. Dan ini pastinya sudah menjadi kemenangan tersendiri bagi kita. 

"Selama orang yang kalah masih boleh tersenyum, maka pihak yang menang tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan!"

Setiap gadis hendaklah merasa bangga kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia yang banyak mendapat nikmat dalam hidup ini, dan tidak perlu malu atas ciri-ciri fizikal yang dia miliki. Yang perlu membuatkan kita merasa malu adalah akhlak yang tidak baik. Berkulit gelap itu tidak sempurna? No body’s perfect, tiada orang yang sempurna. Tidak diragukan lagi, seandainya kita disuruh memilih antara gelapnya kulit dengan gelapnya hati, kita akan memilih yang pertama. Tiada orang yang tidak cantik di dunia ini. Semuanya cantik-cantik. Pilihlah baju yang berwarna tenang dan cerah. Selalulah melemparkan senyuman kepada orang lain.

Berbahagialah dengan kecantikan fizikal dan roh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Ingatlah, orang yang cacat sebenarnya adalah hanya terdapat pada diri mereka yang suka melukai perasaan orang lain. Dan orang-orang seperti mereka tidak layak mendapat perhatian daripada kita. Sebaliknya kita harus bersyukur kepada Allah kerana tidak dimasukkan ke dalam golongan orang seperti mereka. Berkulit gelap dan tidak cantik. Hal yang tidak indah Kebanyakkan manusia selalu melupan hal terindah yang mereka miliki dan hanya memperhatikan kekurangan dalam diri mereka. Tidak ada orang yang mampu mendapatkan semua yang diingininya.

Berbahagialah dengan apa yang dimiliki dan berjuanglah sekuat tenaga menambah kebahagiaan itu, Jangan hiraukan mereka yang selalu melemahkan semangat dan memberi mereka ruang mengisi hidup kita. Hidup ini terlalu singkat. Carilah kebahagian, keindahan serta kecantikan hati dan tubuh. Yakinlah bahawa kita mampu mendapatka semua itu!

Sumber: akuislam.com

Thursday, October 4, 2012

Sukarnya Untuk Bersyukur Saat Diuji

Terkadang rasa penat menepis persoalan yang tidak jenuh menambat minda, adakala punah semangat menadah telinga pada suara yang tidak mampu membina, hidup terasa sepi bila bersendiri mengejar pelangi yang jelas jauh disana, apapun yang menjadi tembok menghalang perjalanan, hidup perlu diteruskan, jelasnya masa kan terus berjalan, sampai detik ketika yang ditetapkan, semoga diri kembali kepada Tuhan, berbekal iman yang tidak pernah goyang..

Thursday, June 28, 2012

Terbinanya Sebuah Mahligai

Indah nian hidup jika penuh cinta, semuakan berjalan teratur. Kita hidup juga kerana cinta dan kasih sayang dari Allah. Kita dibesarkan dengan cinta dan kasih sayang dari orang tua kita. 

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Jutaan kalimat kesyukuran terlafaz dan terzahir atas kurniaan serta anugerah yang tidak ternilai harganya dari Allah SAW buat diriku. Tanggal 27 Mei 2012 jam 9.30 pagi aku telah selamat diijabkabulkan dengan suami ku yang tercinta. Sekelip mata sahaja aku sudah bergelar seorang isteri. Setelah genap 4 bulan kami diikat dengan tali pertunangan kini kami sudah pun menjadi pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah, majlis semuanya berjalan lancar dan cuaca sangat baik sekali ketika itu. Namun kelancaran majlis perkahwinan itu bukanlah menjadi jaminan bagi kebahagiaan sebuah rumah tangga. I'm not totally worried about the wedding, but i'm worried about the marriage. Semuanya harus dibentengi dengan nilai-nilai keagamaan serta keimanan. 


Menginjak usia dewasa, dikala sudah dijadikan isteri oleh insan yang kita cintai, maka kita pun juga adalah kebahagiaan buat suami kita. Hidup dengan suami tercinta, hari-hari penuh canda tawa, kemesraan, kehangatan dan penuh tanggungjawab. Kerana sebagai seorang isteri kita dituntut untuk melaksanakan aktiviti harian yang sememangnya penuh tanggungjawab yang besar. Tak mudah menghadapi peralihan dari hidup sebagai seorang gadis menuju kehidupan sebagai seorang isteri. Banyak hal yang tadinya kita bisa lakukan sendiri sekarang memerlukan kerjasama dari suami. Tapi semua terasa menyenangkan, kerana dipenuhi cinta suami.


Menjadi seorang isteri diusia yang masih muda kepada seorang suami yang juga seusia dengan ku merupakan satu cabaran yang amat besar lebih-lebih lagi aku merupakan seorang yang berkerjaya. Segalanya harus diatur kembali dari aspek masa, tanggunggjawab dan sebagainya. Ketenteraman, ketenangan dan kasih sayang kepada pasangan merupakan target yang diupayakan untuk terwujud dalam rumah tangga, ia bisa menjadi tolak ukur kebahagiaan pasangan suami isteri, meskipun Allah menyatakan bahwa semua itu merupakan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya akan tatapi tidak bererti bahwa pasangan suami isteri pasrah tanpa ada upaya dan usaha untuk mewujudkan dan mengekalkan rasa tersebut melalui langkah-langkah yang menjadi sebab ketenangan dan kebahagiaan suami isteri kerana Allah mengaitkan sesuatu dengan sebabnya. 
Bagiku masih terlalu banyak ilmu rumah tangga yang perlu didalami. Hari ini genaplah sebulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, segalanya masih lagi berjalan dengan baik cuma perlu lebih banyak penambahbaikkan. Semoga Allah membantu kami dalam membina sebuah keluarga yang bahagia serta dirahmati Allah. Amin...

Tuesday, May 15, 2012

Ianya Hadiah Dari Allah

Berita tentang perkahwinanku tidak lama lagi benar-benar mengejutkan hampir kesemua insan yang mengenali diriku lebih-lebih lagi teman sekuliyahku. Memang masing-masing sangat terkejut dan sampai ada yang "hysteria" lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa pasanganku merupakan salah seorang insan yang juga sahabat mereka. Aku dan si pasangan ku ini memang sama-sama berlajar di universiti tersebut, dalam kuliyah yang sama, dalam jurusan yang sama dan ditakdirkan bekerja di tempat yang sama juga tetapi tidak pernah pula menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab sewaktu di kuliyah. Cuma sejak bekerja di Melaka ni aku agak rapat dengannya memandangkan dia sahaja yang ku kenal di sini. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Segalanya dalam kerahsiaan Allah. Walau sudah kenal sejak 5 tahun yang lepas namun baru tahun ini segalanya terlakar menjadi sebuah lukisan kehidupan yang sangat indah. Sungguh, indahnya aturan Illahi.

Jodoh.
Menyingkap kembali alkisah di sebalik semua ini, aku sungguh tidak menyangka dia akan bergelar insan istimewa yang akan hadir menemani sepanjang perjalanan hidupku. Istikharah telah menemukan secebis cinta dalam hati ini untuknya. Memang benar, bukan mudah untuk mencari jawapan siapa si pemilik tulang rusuk kiri ini. Pada asalnya aku memohon petunjuk dari Allah tentang seorang lelaki yang dikenalkan oleh Ummi ku melalui kawan arwah nenek ku pada September 2011. Sebelum ini aku memang tidak pernah menyimpan perasaan terhadap mana-mana lelaki kerana aku sudah bertekad yang aku hanya akan menyintai lelaki yang bergelar suami kepadaku. Aku juga sering menyuarakan kepada umi yang aku akan menerima sesiapa sahaja yang akan terlebih dahulu meminangku. Konsepnya mudah, siapa cepat dia yang dapat. Tetapi konsep yang mudah itu sebenarnya agak sukar juga apabila hati tiba-tiba terasa seperti ada yang tidak kena. Sejak itu, boleh dikatakan setiap malam aku akan menunaikan solat sunat istikharah dan memperbanyakkan solat sunat taubat. Bimbang dosa-dosa lalu bakal mempengaruhi penentuan jodoh ku kelak kerana Allah pernah berfirman,

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)"
(An Nuur (24) : 26)

Terganggu.
Desakan dari keluarga si lelaki tersebut membuatkan aku rasa agak terganggu. Kakaknya sering menghubungi ku bertanyakan soal perasaan ku terhadap adiknya itu. Aku hanya memberi jawapan yang neutral. Mengiyakan pun tidak, menolaknya pun tidak. Ya, aku akui si lelaki tersebut memiliki kerjaya yang sangat bagus. Dia bekerja dengan syarikat cari gali minyak dan semestinya kerjanya berkehendakkan dia untuk sentiasa berada di tengah lautan. Dalam tempoh 3 bulan hanya beberapa hari sahaja dia akan berada di daratan. Bagaimana mungkin aku boleh menerima keadaan tersebut. Sudahlah jauh dari keluarga, tambah pula jauh dari si suami yang akan menjadi tulang belakang ku dalam rumahtangga kelak. Bukan itu sahaja, banyak lagi faktor-faktor lain yang membuatkan aku agak sukar untuk membuat keputusan.

Istikharah.
Sudah tidak terdaya lagi rasanya untuk memikirkan hal tersebut seorang diri. Lalu ku suarakan juga masalah ini terhadap sahabatku yang satu ini, Mustakim (yang kini sudah menjadi tunang ku). Dia hanya mendengar dan cuba memberi nasihat dengan penuh berhati-hati, bimbang bakal menguris mana-mana perasaan. Ya, dia memang seorang pendengar yang setia. Namun hati masih lagi belum tenang dan puas kerana masih belum ketemu jawapan yang ku cari. Malam-malam ku terus ditemani dengan istikharah sehinggalah pada suatu malam yang hening Mustakim datang dalam mimpi ku. Dalam mimpi tersebut, aku bertanyakan padanya "Kau nak hadiah apa?" Lantas dia terus menjawab, "Kau hadiahkanlah aku sejadah". Aku terus tersentap, dada ku terasa sakit dek kerana jantung yang berdegup begitu kencang. Ku lihat masa masih terlalu awal untuk aku bangun kerana ketika itu jam menunjukkan lebih kurang 4 pagi. Lantas ku segera mengambil wuduk dan kembali menyambung tidurku, Bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang bukan-bukan berlaku. (Kadang-kadang aku ni penakut juga...hoho). Selang beberapa hari, aku masih juga memikirkan tentang mimpi tersebut. Bermonolog sendirian di dalam lubuk sanubari, berbagai-bagai persoalan timbul. Mengapa sejadah yang diminta? 

Sejadah Cinta.
Untuk membuatkan hati ini kembali tenang, aku pun menghadiahkannya sehamparan sejadah. Dengan harapan perkara itu tidak lagi akan menganggu ku. Termenung panjang dia apabila menerima pemberianku itu. Dia bertanyakan mengapa tiba-tiba sahaja aku memberinya hadiah sebegitu rupa. Puas dia memujuk ku untuk mengetahui sebabnya. Aku enggan memberitahu, malu! Nanti dikatanya aku seorang yang suka terpengaruh dengan mimpi sendiri. Namun aku akur jua, dan menceritakan padanya tentang mimpi tersebut. Seketika wajahnya berubah. "Aku dah nak mati kot". Teka-teki mula bermain dibibirnya. "Isy, Kau ni. Memanglah kita ni kena sentiasa mengingati mati tapi jangan la fikir sampai ke situ pula. Kau anggap sajalah ni hadiah dari aku ye", pujuk ku.  Pernah aku utarakan tentang mimpi yang satu itu di laman Facebook ku dan ramai yang berpendapat, kemungkinan itu petunjuk dari Allah. Namun aku menolak sangkaan tersebut dan menegaskan hati yang itu hanyalah mainan tidur. Tidak mungkin dia adalah jodoh ku! Ku biarkan persoalan itu terawang-awang di udara yang ku hela. Bagi ku, lama-kelamaan isu ini akan hilang dengan sendirinya seiring dengan hilangnya detik-detik masa yang berlalu.

Mimpi.
Rupanya kisah itu tidak habis di situ. Setiap malam dia muncul dalam mimpi ku. Aku semakin bingung. Sehinggakan aku jadi takut untuk tidur walaupun hakikatnya tidur sampai tak ingat dunia. Hahaha. Sesekali, pernah aku merungut tentang mimpi-mimpi ku terhadapnya. "Kenapa la kau asyik muncul dalam mimpi aku huh? Kau dah tak ada tempat lain ke nak singgah??" soal ku bersahaja. "Hurm.. Ada jodoh la tu" Jawabnya tanpa apa-apa perasaan. Ibarat air yang mengalir deras. Kata-katanya dengan lancar terpacul terus tertusuk ke jantungku. Membuatkan aku kembali berfikir tentang istikharah ku, tentang sejadah, tentang kata-kata teman facebook ku, tentang segala-galanya! Namun hati masih berdegil, enggan untuk menerima yang hakikatnya Allah sedang berbicara dengan ku. Allah sedang cuba untuk memberi petunjuk kepada insan yang berusaha memohon petunjuk darinya. Entah mengapa terasa berat benar untuk menerimanya. Ada juga kebimbangan di hati ini tentang pengaruh syaitan atau gangguan-gangguan dari anasir-anasir lain terutamanya hati sehingga menyebabkan dia sering muncul dalam mimpi ku. Aku akhirnya membuat kesimpulan yang mudah namun sukar utuk disemat dalam fikiran. "Buat apa aku nak pening-pening. Jika benarlah dia jodoh ku pasti Allah akan memudahkan jalannya. Pasti Allah akan memberiku sesuatu yang lebih meyakinkan hati ku", tegasku.

Itu Jalannya.
Hari demi hari berlalu, dia masih juga menjadi watak utama dalam setiap mimpi ku. Tidak ku endahkan lagi soal mimpi tersebut kerana ianya seolah-olah sudah sebati dengan lena ku. Ditakdirkan Allah, pada pertengahan Disember 2011 dia telah diarahkan untuk menjalani kursus selama seminggu di Kuantan. Aku begitu teruja mendengarnya. "Excited" terlebih sehingga aku pun turut sama memohon cuti semata-mata untuk menemaninya ke Kuantan dengan alasan, "Rasa macam nak balik kampung je jumpa Ummi dan Abah. Bolehlah aku balik Kuantan tumpang kereta kau." Dengan riang rianya kata-kata itu ku lafazkan. Sedang asyik aku menjamah santapan berbuka puasa (hari khamis) di kedai makan berhampiran Hotel Kings sambil ditemani dia (bercerita tentang perjalanan ke Kuantan nanti), tiba-tiba dia mencelah, "hurm..senang-senang kau dengan aku sajalah". Kiasannya sudah dapat ku fahami akan maksud yang tersirat. Subhanallah, betulkah apa yang ku dengar ni. Aku terdiam. Cuba mengatur kata-kata agar tidak merosakkan suasana dan cuba juga untuk tidak kelihatan terlalu terkejut, menenangkan diri sendiri. Nafasku ditarik sedalam-dalamnya. "Kalau macam tu, nanti masa kau hantar aku, sebelum kau ke tempat kursus tu kau singgahlah rumah aku dulu. Jumpa dan kenal-kenal dengan Abah. Lagipun Ummi tak ada. Nanti tak ada lah kau segan sangat. Ummi jaga nenek di Kelantan. Kalau kau rasa kau boleh terima dengan keluarga aku, dengan adik-adik aku dan mereka pun boleh terima kau, aku ok aje." Santai dan bersahaja. Langsung tidak kelihatan derauan darah yang mengalir deras dalam segenap kapilariku. Sederas-deranya! Aku sendiri tidak menyangka aku akan berkata-kata sedemekian rupa. Ya Allah, betulkah apa yang sedang aku lakukan ni?

Perancangan Allah Itu Lebih Teliti.
Perjalanan ke Kuantan mengambil masa hanya 3 jam setengah kerana kami bertolak dari Seremban (rumah ibu bapa Mustakim). Katanya ada barang yang perlu dihantar ke rumahnya jadi terpaksalah singgah di Seremban terlebih dahulu. Jadi sempatlah aku bertemu dengan orang tuanya walaupun untuk beberapa ketika. Kepulangan aku dan dia disambut oleh Abah ku yang tercinta bersama adik-adik kecil ku. Sangat meriah rasanya keadaan itu walaupun suasana dirumah agak suram tanpa Ummi dan Nenek yang sebelum ini tinggal bersama kami. Abah mempelawanya untuk bermalam di rumah kami. Agak terkejut sebenarnya dengan pelawaan Abah. Dia tidak menolak dan masa yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mendekati Abah. Alhamdulillah, segalanya nampak baik-baik saja. Keesokkan paginya aku menemaninya ke tempat dia berkursus yang lebih kurang 10km dari rumah ku. Sesampai sahaja di sana, aku menerima panggilan dari Abah. Agak pelik apabila nama Abah terpapar di skrin telefon ku kerana tidak sampai setengah jam pun aku keluar meninggalkan rumah. "Kak Yong, cepat balik rumah. Kita kena siap-siap untuk balik kampung (Kelantan), Nenek dah tinggalkan kita semua lepas Subuh tadi." Antara percaya atau tidak aku mengiyakan arahan Abah.
Pusara Nenda
Tanggal 14 Disember 2011, Nenda ku yang tercinta menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Ummi. Sungguh, tersangat indah aturan Ilahi. Ada hikmahnya mengapa aku beria benar ingin pulang ke Kuantan. Rupa-rupanya kami sekeluarga bakal berdepan dengan sebuah kehilangan. Segera ku tinggalkan bumi Pahang dan bertolak ke Kelantan bersama Abah dan adik-adik ku. Alhamdulillah, kami sempat bersama-sama menguruskan jenazah Nenda tercinta. Nenek kembali kepada Pencipta dengan penuh kesempurnaan. Ku lihat wajahnya berseri-seri, putih, bersih. Semoga Nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~ (T_T)

Hadiah Dari Allah.
Pemergian Nenek digantikan dengan hadiah yang terindah buat seluruh keluargaku. Pada 26 Januari 2012, aku telah menjadi tunangan orang. Kehadiran Mustakim dalam rencana kehidupan kami seolah-olah satu rahmat. Ummi yang sebelum ini sangat berdukacita dengan kehilangan ibundanya yang tercinta kembali gembira. Akhirnya anak sulungnya kini di sunting orang. Alhamdulillah, segalanya telah terungkai. Tiada lagi dilema yang membelenggu malam ku. Benarlah, dia adalah pemilik tulang rusuk ku. Rupanya jodoh ku tidak jauh, di depan mata saja. Cuma hati ini buta dan sangsi. Allah benar-benar telah mempermudahkan segalanya. Dialah jodoh yang telah dihadiahkan oleh Allah untuk ku. InsyAllah peghujung Mei ini akan berlangsunglah acara gilang gemilang yang julung kalinya diadakan diperkarangan rumah ku. Semoga segalnya berjalan lancar dan semoga Allah memudahkan segala urusan ijab dan kabul nanti. Amin....

Saturday, March 31, 2012

Jom Jalan-Jalan: Wetland Putrajaya

Kali ini aku berkesempatan lagi untuk bertemu kembali kawan-kawan sekuliyah ku sewaktu di universiti dulu. Pejam celik rupanya sudah hampir 2 tahun aku tamat pengajian. Having a small reunion with them such the greatest moment! Dikesempatan pertemuan ini, sempat jugalah aku mengedarkan kad jemputan kepada mereka. Tak perlulah susah-susah nak pos kan. Kata orang sambil menyelam minum ayor! Masing-masing dah nampak lain, almaklumla semakin meningkat dewasa. kebanyakan dari mereka masing lagi bergelar pelajar dan sebahagian darinya sudah pun berkerjaya. Sempat juga aku merakamkan saat-saat yang sangat bermakna tersebut.


Kelibat 2 orang rakan ku yang sedang berkayak.


Pakcik ni namanya Aiman. Sekarang dia bekerja di Ipoh, Perak.





Bersantai sambil menikmati cahaya mentari senja

Masya Allah, cantik sangat!!



Antara teman-teman yang dapat dikumpulkan.

Friday, February 3, 2012

Perkahwinan Yang Ku Damba Menyempurnakan Agamaku

Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama. Rasulullah SAW bersabda,

“Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada kan bisa dipupuk. Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita bertemu dan bersatu. Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa. Tanpa bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman.
Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti sekarang. Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu bisa dirasa. Disitu lah hikmahnya sebuah restu orang tua.

Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini. Penceraian demi penceraian sering kita kedengaran. Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini kita sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun. Entah apa puncanya. Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah melanda. Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan. Mengapa terjadinya kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan antara dua hati. Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan. Berkahwinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama. Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai material yang ada padanya. Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna.
Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.

Oleh itu, berkahwinlah kerana agama. Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama. Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri. Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.

Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal. Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi. Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat?

Allah S.W.T berfirman,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama. Kecantikan dunia tidak akan kekal lama. Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya. Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan itu. Itulah kecantikan yang ada di dunia.

Tetapi, di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya. Itu akan kekal abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!

Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir mengingati yang Esa. Harta dunia cuma tipu daya. Kemiskinan satu ujian dan kekayaan jua suatu ujian. Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah ruah itu sememangnya sukar dijaga. Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.
Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan dengan mudah dan sempurna. Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai. Berdoalah kepada Allah memohon perlindungan dan kekuatan dari nafsu yang tidak jemu merayu.

Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja. Rumah-rumah bersalut kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan. Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.

Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak saling melihat satu sama lain.”[11]
Allah berfirman yang maksudnya:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”. (QS al-Baqarah : 25)

Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata. Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia.
Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.


Sumber: AkuIslam

Saturday, October 22, 2011

Jom Jalan-Jalan: Port Dickson

Entah macam mana hari minggu yang lepas aku boleh tersesat di Port Dickson. Asalnya hanya nak melawat adik di IKBN Alor Gajah kerana minggu tersebut dia tidak dapat pelepasan untuk "outting". Di sebabkan dah hilang arah tujuan kerana bosan yang teramat sangat selepas melawat dia, dengan tak semena-mena aku pi "drive" kereta sampai menyusuri jalan-jalan di Port Dickson.. Hurm... Ini pertama kali sebenarnya melakukan kerja di luar perancangan dan pertama kali juga menjejakkan kaki di situ. Pengalaman yang cukup menakjubkan!


Tanjung Agas: Tempat tumpuan org ramai memancing.


"Kebersihan Keutamaan Kami"?? tapi banyak sampah kat sini.. Sayangnya.. Dah cacat kat situ.. Tapi pantainya masih bersih dan cantik (^_^)..


Teringin nak "join" kanak-kanak ni main pasir. hehe..




Sang mentari sedang megah memancarkan sinarnya.








Kereta Kuda Cinderella tersesat kat sini... Hehe.


Nice view for weeding picture. :)


Nampaknya sang mentari sudah mula beranjak ke ufuk barat.


Hari Ini Dalam Sejarah: Kereta Abah dah menyusuri pantai PD. Abah mesti bangga. Ahaks! :P


Comel sangat matahari tu dalam jari-jemari aku. (^_^)


Sekarang sang mentari dah pun mengalah. Memberi laluan untuk rembulan pula mempamerkan keindahannya.


Fenomena Gerhana Super Ring.. Saya suka makan Super Ring!!! Hihi