Sesugguhnya berjayalah orang-orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan beramal soleh), dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang dengan kusyuk.”(Surah Al-A'la: Ayat 14-15)
Monday, January 17, 2011
Menuju Ke Negeri Abadi: Perjalanan Orang Yang Bahagia
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 12:19 PM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Sunday, December 26, 2010
Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Dustakan

Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 5:16 PM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Thursday, October 7, 2010
Menumbuhkan Kekuatan Jiwa
Di senja itu, kicauan burung girang seakan-akan tidak sabar untuk kembali ke sarang setelah seharian keluar mencari santapan. Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang, aku dan teman serumah ku telah bersiap sedia di hadapan meja makan sambil merenung ke arah hidangan yang telah tersaji. Alhamdulillah, selesai sudah hutang ku dengan Yang Maha Esa disamping berkesempatan melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syawal.
Menyingkap rahsia di sebalik ibadah puasa sunat di bulan Syawal telah membawaku merungkai kembali kelebihan dan hikmah di sebalik ibadah ini. Setelah berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan merayakan Aidilfitri, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu. Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.” (Riwayat Muslim)
“Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (Riwayat ad-Darimi)
Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu.
Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara. Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.” (Riwayat Al Bukhari)
Ibadah puasa mengandung beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya. Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu.
Seperti tahun-tahun sudah, aku akan tetap terus melaksanakan ibadah puasa ini pada setiap Isnin dan Khamis kerana aku tidak akan membiarkan ibadah ini hanya terlaksana pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan terlalu banyak manfaat, kelebihan dan keistimewaan dalam ibadah puasa ini selain dapat menghapuskan dosa-dosa ku yang lalu dan membersihkan kembali jiwa dan sanubari ku agar aku sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan dari Ilahi. Sesungguhnya ibadah yang telah aku lakukan selama penghidupan ku ini masih belum cukup untuk membalas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada ku, apatah lagi untuk menebus dosa-dosa ku yang tak terhitung banyaknya.
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 8:07 PM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Saturday, July 10, 2010
Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-Jalan Ke Syurga
. Sebuah kisah yang betul-betul menyentuh perasaanku sehingga terdetik hatiku untuk mengabadikannya disini.Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata, "Ayah! Saya dah bersedia." Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa?" "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah." "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat." "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun." Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini." Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah!" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun. Mukanya suram dan sedih, "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu", dengan nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. "Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!" Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhlukNya yang penyayang.
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 11:44 AM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Tuesday, July 6, 2010
Ketika Diri Terasa Dekat DenganNya
Dari sudut jendela, ku lihat segenap alam gelap gelita. Suasana hening mendakap kesunyian. Lantas aku bangkit dari peraduan menghampiri jendela dan menghirup udara dingin di penghujung malam tersebut. Jam di dinding menunjukkan tepat jam 3.00 pagi. Aku sendiri tidak begitu pasti apa yang membuatkan aku terjaga dari lena. Sesungguhnya waktu sebeginilah waktu seorang hamba itu paling dekat dengan Penciptanya. Waktu sebegini adalah waktu yang paling mustajab untuk memohon keampunan dan memanjatkan doa kepada Maha Pencipta.
Menyingkap persoalan ini, jari-jemariku lincah mencoretkan sedikit pengetahuan yang ada untuk dijadikan ingatan buat diriku yang sering saja alpa dan leka agar aku sentiasa ingat dan sedar bahawa doa adalah senjata seorang mukmin dan begitu besar sebenarnya kuasa doa ini. Sesungguhnya doa cahaya terang untuk mengharungi bumi dan langit yang maha luas ini.Doa itu dikatakan senjata, bererti doa mampu sebenarnya mengawal diri di waktu suka dan duka, pahit dan getir, dalam cubaan dan tekanan. Bahkan waktu berhadapan dengan musuh besar sekalipun. Allah s.w.t telah berfirman:
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu” (Surah Al-Mukmin: 60)
Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah Ta'ala dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara menyeluruh kepada Allah Ta'ala). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Allah Ta'ala. Di samping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah Ta'ala. Oleh sebab itu Rasulullah bersabda:
"Doa itu adalah ibadah." (HR. Tirmidzi)
Rasulullah juga pernah bersabda:
“Sesiapa yang ingin dikabulkan doanya oleh Allahketika dalam keadaan duka, maka perbanyaklah doa sewaktu dalam senang.” (Riwayat Abu DAwud)
Setiap perbuatan dan perkara yang kita laksanakan perlu ada adab dan tatasusilanya begitu juga dengan berdoa, harus ada tatatertibnya agar Allah senang dengan doa-doa kita, agar doa-doa kita itu menjadi ibadah yang mampu membawa seribu keberkatan dari Allah s.w.t. Antara adab berdoa adalah:
1. Memulakan doa dengan bacaan tahmid dan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2. Memilih waktu, tempat dan keadaan yang tepat lagi baik misalnya sepertiga malam, sesudah solat fardhu, ketika turun hujan, akhir waktu pada hari Jumaat, ketika sujud dan lain-lain.
3. Berdoa sambil menghadap kea rah kiblat, kedua-dua tangan diangkat.
4. Berdoa dengan suara yang perlahan.
5. Berdoa dengan penuh tumpuan, perasaan tunduk, khuyuk dan penuh harapan serta tidak menginginkan agar doanya segera dimakbulkan.
6. Terus menerus berdoa. Optimis bahawa doanya terkabul dan berprasangka baik kepada Allah, sehingga tidak akan menyatakan “YA Allah, ampunilah doasaku jika Engkau menghendakinya”
7. Memastikan yang makanan yang dimakan adalah benar-benar halal dan menjauhi perbuatan zalim serta sering bertaubat kepada Allah.
8. Tidak mendoakan keburukan tidak kira pada diri sendiri mahupun orang lain.
1. Orang yang sedang berada dalam bahaya.
2. Orang yang sedang dizalimi meskipun dia kafir.
3. Ibu bapa yang mendoakan anaknya, atau anak yang mendoakan ibu bapanya.
4. Anak yang berbakti.
5. Seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut.
6. Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
7. Musafir sehingga dia kembali ke rumahnya.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Abi Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w menceritakan tentang seorang lelaki yang dalam pengembaraannya, berdebu badannya dan kusut rambutnya berdoa menadahkan kedua tangannya ke langit memohon kepada Allah, padahal minumannya haram, pakaiannya haram dan dikeyangkan dengan bahan-bahan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan menerima doanya.
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu adalah baik. Dia tidak akan menerima sesuatu perkara kecuali perkara-perkara yang baik juga.” (Riwayat Imam Muslim)
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 9:56 AM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Monday, May 17, 2010
Arghh...Stress!!!

Sungguh, aku sudah benar-benar kelewatan. Dengan ‘uniform’ yang masih belum ber‘iron’, diri yang masih belum bersiram dan segalanya masih belum siap cukup membuat aku rasa tertekan! Arghh, terasa ingin ku campak segala yang ada di depan mataku, melepaskan segala stress yang seolah-olah mngasak-asak dada ku. Tidak pernah aku kelewatan sebegini! Syukur, aku dikurniakan teman yang cukup akrab denganku yang kupanggil ‘Adik’ yang telah mampu mengawal emosi ku yang diluar pertimbangan itu. “Takpe Kak Yong, sempat lagi ni. Biar Adik tolong ‘iron’kan uniform,” dia menuturkan kata-kata tersebut sambil menguap dan tangannya menggosok-gosok birai mata. Ternyata, dia masih dalam keadaan mamai (comel sangat! hehe). Terlalu besar pengorbanannya bagiku kerana sanggup bangkit dari lena semata-mata kerana aku. Memang tersangatlah dialu-alukan dan dialah penyelamat aku. Fuhh, stress yang tadinya datang bagaikan angin taufan sedikit demi sedikit reda. Akhirnya mampu bersiap dan terpacak dihadapan bas tersebut 5 minit sebelum 8.00am.
Bercakap soal tekanan, stress, gangguaan emosi atau segala yang seerti dengannya benar-benar membuat aku menyedari sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan kelemahan diriku. Aku sememangnya seorangnya agak kerap kali gagal menguruskan stress dengan baik. Perkara ini juga mengingatkan aku kepada salah seorang temanku, Salina yang merupakan teman sekuliyah yang karib denganku sejak dua tahun yang lalu. Dia pernah memberiku sebuah artikel mengenai “Pengurusan Stress Berdasarkan Al-Quran” dan berikut adalah di antara tips-tips yang sememangnya patut aku semaikan dalam diri.
1. Ingat Allah
“(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’d:28)
2. Terus-menerus meminta bantuan Allah
“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan suatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”(Al-Baqarah:153)
3. Allah Tahu Segalanya
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah:152)
4. Ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita
“Dan janganlah kamu merasakan lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apayang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (bersungguh-sungguh) beriman.” (Al-Imran:139)
“Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan; sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersunguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.” (Al-Insyirah:6-8)
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang telah menyempurnakan kekuranganku, yang telah membawa sinar dalam kegelapanku, yang telah membangkitkanku saat aku tersunggkur. Sesungguhnya itulah nikmat dan kurniaan yang paling mahal buatku.
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 11:57 PM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Friday, May 14, 2010
Soalan Yang Menemukan Persoalan Bukannya Jawapan!
Tenggelam dengan kenikmatan itu membuatkan aku berfikir, menyingkap kebesaran Allah Subhanallah Taala yang telah menciptakan langit dan bumi yang cukup indah menyimpan seribu satu keajaiban yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Aku sendiri sebenarnya tidak begitu arif tentang hal ini lantas terdetik di hati yang serba naif ini tentang satu persoalan, apakah sebenarnya kisah disebalik penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya?
Allah Ta'ala berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu bersujud kepada matahari dan janganlah (pula kamu bersujud) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya jika kamu benar-benar hanya kepada-Nya beribadah." (Fushshilat : Ayat 37)
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy . Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-Araf : Ayat 54)
Pancainderaku ligat berkeliaran ke dunia tanpa sempadan untuk mencari jawapan disebalik persoalan yang timbul lantas menemukan aku dengan sebuah artikel, menceritakan tentang kejadian langit dan bumi serta segala isinya. Namun, sumbernya masih diragui dan aku tidak sanggup untuk menyertakannya dalam 'entry' ku kali ini sebabnya, bagiku masih terdapat banyak kelemahan pada artikel tersebut kerana selepas aku cuba untuk medalami segala yang tertulis, masih terdapat kekeliruan dan timbul pelbagai persoalan dibenak fikiranku. Biasalah, aku tak ubah seperti budak baru belajar, masih banyak yang terbatas dek pengetahuanku yang serba kekurangan. Dan sememangnya aku harus berhati-hati dalam mencari bahan rujukan. Jangan terlalu ghairah untuk mengetahui sesuatu perkara tambahan dengan pengetahuanku yang cetek lagi tandus, aku semakin tersesat bukan semakin memahami!
"Al-Quran ini sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (Al-A’raaf: Ayat 2)
Benarlah Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam segala persoalan. Malangnya, apa yang menyedihkan aku, tafsir Al-Quran yang sebelum ini menjadi pendamping setiaku tidak lagi di sisiku. Aku semadikannya buat sementara waktu di rumah memandangkan keberadaanku hanya seketika di hutan rimba Puncak Alam ini. Sungguh, tidak sabar rasanya untuk pulang dan meleraikan segala persoalan yang bertugu di fikiran ku.
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 3:54 PM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi
Wednesday, April 14, 2010
Cintaku Tersemat UntukNya
Dini hari kembali bertamu. Kepekatan malam masih jelas menutupi atmosfera alam. Ku kira ketika itu tepat jam 4.00am. Aku bersama teman seperjuangan ku asyik menyiapkan “slide show” mengenai apa yang telah kami perolehi sepanjang menjalani latihan praktikal yang bakal dipersembahkan dihadapan “lecturer” kami keesokan harinya. Zikir-zikir beralun memecah kesunyian, mendamaikan kalbu, menyelinap ke segenap urat darah. Syahdu rasanya mengamati maksud-maksud yang cukup indah tersirat di dalam alunan zikir-zikir tersebut. Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir.” (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah 3: Al Imran Ayat 191)
لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ على كُلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Dengan namamu Ya Allah, kami meminta pada waktu pagi dan petang, bagi Mu segala pujian pada waktu pagi dan petang, kurniakan kepada kami dari sisiMu petunjuk, tunjukkan kami jalan kebaikan. Sesugguhnya ketaqwaan kepada Allah adalah cahaya dan jalan kejayaan.”
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:
AHAD







Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 6:08 AM 0 comments
Labels: Ilmu Cahaya Ilahi








