Kedengaran sayup-sayup berkumandang takbir raya dari corong radio bas Tranasional yang sedang menyusuri lebuh raya Pantai Timur meninggalkan bendaraya Melaka. Inilah pertama kalinya aku menyambut malam Aidilfitri tanpa keluarga di sisi. Perjalanan di rasakan cukup panjang ditambah dengan suhu persekitaran kala dini hari yang tersangat dingin hingga menusuk tulang belulang ku. Jauh di sudut hatiku tidak putus-putus berdoa agar perjalanan ini lancar tanpa kesesakan lalu lintas dan aku selamat pulang ke kampung halaman setelah setahun kaki ini tidak terjejak di situ.
Setelah 12 jam aku berada dalam kotak dingin (bas), pada 1 Syawal 1431H tepat jam 8.00am aku tiba di destinasi yg di tuju. Kelihatan dari jauh lambaian Ummi yang di temani Abah dan adik kecil ku dengan penuh kegembiraan menyambut ketibaan ku. Melangkah sahaja ke perkarangan teratak nenda ku, terus ku terpana dengan kemeriahan hilai tawa anak-anak kecil yang girang berlari sambil memperagakan baju baru masing-masing yang beraneka warna. Nenek juga tidak kurang laramnya, tersegam indah dengan busana barunya. Gembira melihat Nenek sudah semakin sihat, tidak seperti tahun-tahun sudah beliau ditimpa keuzuran yang amat perit. Senyuman yang terukir manis di bibirnya menyerikan wajah yang telah dimamah usia mengambarkan kegembiraan beliau. Setelah selesai bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, kami beramai-ramai menuju ke Madrasah yang jaraknya hanya beberapa langkah dari rumah Nenek. Alhamdulillah, sempat jugalah aku menunaikan solat sunat Aidilfitri untuk tahun ini.
Aidilfitri kali ini merupakan Aidilfitri pertama aku bergelar seorang yang bekerjaya dan semestinya adik-adik ku sudah menanti duit raya pertama dari kakak mereka. Begitu juga dengan sepupu-sepupu ku yang lain yang begitu teruja menanti saat-saat diberikan duit raya. Seronok rasanya melihat gelagat mereka yang cukup menguntumkan hatiku dan mengubat kerinduan. Namun disebalik kegembiraan menyambut lebaran dan bertemu sanak saudara tercinta, masih tersisa sepalit kesedihan kerana Ramadhan telah meninggalkan kita. Harapan ku agar kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir dan semoga akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan itu serta akan berpeluang lagi utuk beribadah dengannya.
0 comments:
Post a Comment