Terlalu banyak rasanya yang ingin ku coretkan setelah sekian lama ruangan ini ku biarkan kaku. Bak kata sahabatku, "blog awak dah penuh sawang". Dek kerana kata-katanya itu jugalah yang membuatkan aku semangat nak bersihkan "sawang", mencoretkan sesuatu yang mungkin dapat diabadikan di sini buat tatapan ku dan juga sesiapa yang sudi mengamatinya.
Selang beberapa hari yang lalu, aku telah berkesempatan untuk bertemu kembali teman-teman sekuliyah ku di Kuala Terengganu setelah hampir setahun setengah tidak bersua muka selepas sahaja tamat pengajian. Masing-masing kelihatan sudah semakin matang dan semakin "hensom" dan cantik. Maklumlah, semuanya sudah berkerjaya. Dalam tempoh setahun sudah semestinya pelbagai kisah yang ingin dikongsikan tatkala kembali bersua. Begitulah indahnya sebuah persahabatan itu.
Dia adalah insan pertama yang aku kenal dan insan pertama juga bergelar sahabat sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki di Universiti dulu, NurHafidah (Ida). Dah semakin cantik dia sekarang dan dah jadi tunangan orang pun. Aku bila?? Oupsss... Haha..
(Ida, Izuan, Nazir dan Anah)
(Ida, Zimah dan Mira)
Walaupun tak dapat berjumpa dengan kesemua 63 orang teman sekuliyah, dapat jumpa yang 6 orang ni pun sudah cukup menggembirakan. Terima kasih Ya Allah.
Namun pertemuan ini bukanlah sebuah pertemuan yang dirancang sebenarnya kerana kami bertemu atas urusan kerja. Begitulah aturan Ilahi yang sangat sempurna. Kesempurnaan yang tiada tandingannya. Mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selama empat hari di Batu Rakit, Kuala Terengganu bukan sahaja memantapkan lagi pengetahuan yang ada malahan turut memberikan suatu impak dalaman yang sangat indah dan tidak ternilai harganya iaitu melihat kebesaran Allah swt dalam setiap ciptaanNya sambil berfikir akan KeesaanNya.
Selama 4 hari di sana, sehari pun aku tidak melepaskan peluang untuk melihat matahari terbit di ufuk timur. Subhanallah... Sungguh indah sekali. Namun matahari itu takkan selamanya muncul dari arah timur... Sudahkah kita melengkapkan diri untuk menghadapi saat itu? Renungkanlah.....
"Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."
(Surah Ar-Rad: Ayat 2)
0 comments:
Post a Comment