Sungguh, aku sudah benar-benar kelewatan. Dengan ‘uniform’ yang masih belum ber‘iron’, diri yang masih belum bersiram dan segalanya masih belum siap cukup membuat aku rasa tertekan! Arghh, terasa ingin ku campak segala yang ada di depan mataku, melepaskan segala stress yang seolah-olah mngasak-asak dada ku. Tidak pernah aku kelewatan sebegini! Syukur, aku dikurniakan teman yang cukup akrab denganku yang kupanggil ‘Adik’ yang telah mampu mengawal emosi ku yang diluar pertimbangan itu. “Takpe Kak Yong, sempat lagi ni. Biar Adik tolong ‘iron’kan uniform,” dia menuturkan kata-kata tersebut sambil menguap dan tangannya menggosok-gosok birai mata. Ternyata, dia masih dalam keadaan mamai (comel sangat! hehe). Terlalu besar pengorbanannya bagiku kerana sanggup bangkit dari lena semata-mata kerana aku. Memang tersangatlah dialu-alukan dan dialah penyelamat aku. Fuhh, stress yang tadinya datang bagaikan angin taufan sedikit demi sedikit reda. Akhirnya mampu bersiap dan terpacak dihadapan bas tersebut 5 minit sebelum 8.00am.
Bercakap soal tekanan, stress, gangguaan emosi atau segala yang seerti dengannya benar-benar membuat aku menyedari sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan kelemahan diriku. Aku sememangnya seorangnya agak kerap kali gagal menguruskan stress dengan baik. Perkara ini juga mengingatkan aku kepada salah seorang temanku, Salina yang merupakan teman sekuliyah yang karib denganku sejak dua tahun yang lalu. Dia pernah memberiku sebuah artikel mengenai “Pengurusan Stress Berdasarkan Al-Quran” dan berikut adalah di antara tips-tips yang sememangnya patut aku semaikan dalam diri.
1. Ingat Allah
“(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’d:28)
2. Terus-menerus meminta bantuan Allah
“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan suatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”(Al-Baqarah:153)
3. Allah Tahu Segalanya
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah:152)
4. Ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita
“Dan janganlah kamu merasakan lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apayang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (bersungguh-sungguh) beriman.” (Al-Imran:139)
“Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan; sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersunguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.” (Al-Insyirah:6-8)
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang telah menyempurnakan kekuranganku, yang telah membawa sinar dalam kegelapanku, yang telah membangkitkanku saat aku tersunggkur. Sesungguhnya itulah nikmat dan kurniaan yang paling mahal buatku.
0 comments:
Post a Comment