BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

Friday, May 14, 2010

Soalan Yang Menemukan Persoalan Bukannya Jawapan!

Hujan membasahi bumi Puncak Alam dengan lebatnya. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa kadang-kala lembut menyapa pipi. Ku hirup sedalam-dalamnya udara yang cukup nyaman itu, menikmati dengan penuh rasa bersyukur kerana aku masih mampu merasai kenikmatan yang Allah telah kurniakan kepada sekalian penghuni alam. Kelihatan kabus berarak perlahan mengikut irama angin. Geografi kolej kediaman ku yang nun jauh di puncak alam maya membuatkan sesekala terasa suhu sejuk seperti berada di Iceland, Lautan Atlantik! Sengaja ku biarkan tubuhku dipeluk erat selimut gebu yang begitu banyak berjasa tatkala suhu persekitaran ku rasakan mencecah -4 °C (hakikatnya hanya 20°C je).

Tenggelam dengan kenikmatan itu membuatkan aku berfikir, menyingkap kebesaran Allah Subhanallah Taala yang telah menciptakan langit dan bumi yang cukup indah menyimpan seribu satu keajaiban yang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Aku sendiri sebenarnya tidak begitu arif tentang hal ini lantas terdetik di hati yang serba naif ini tentang satu persoalan, apakah sebenarnya kisah disebalik penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya?

Allah Ta'ala berfirman:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu bersujud kepada matahari dan janganlah (pula kamu bersujud) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya jika kamu benar-benar hanya kepada-Nya beribadah." (Fushshilat : Ayat 37)


“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy . Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-Araf : Ayat 54)

Pancainderaku ligat berkeliaran ke dunia tanpa sempadan untuk mencari jawapan disebalik persoalan yang timbul lantas menemukan aku dengan sebuah artikel, menceritakan tentang kejadian langit dan bumi serta segala isinya. Namun, sumbernya masih diragui dan aku tidak sanggup untuk menyertakannya dalam 'entry' ku kali ini sebabnya, bagiku masih terdapat banyak kelemahan pada artikel tersebut kerana selepas aku cuba untuk medalami segala yang tertulis, masih terdapat kekeliruan dan timbul pelbagai persoalan dibenak fikiranku. Biasalah, aku tak ubah seperti budak baru belajar, masih banyak yang terbatas dek pengetahuanku yang serba kekurangan. Dan sememangnya aku harus berhati-hati dalam mencari bahan rujukan. Jangan terlalu ghairah untuk mengetahui sesuatu perkara tambahan dengan pengetahuanku yang cetek lagi tandus, aku semakin tersesat bukan semakin memahami!

"Al-Quran ini sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (Al-A’raaf: Ayat 2)

Benarlah Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam segala persoalan. Malangnya, apa yang menyedihkan aku, tafsir Al-Quran yang sebelum ini menjadi pendamping setiaku tidak lagi di sisiku. Aku semadikannya buat sementara waktu di rumah memandangkan keberadaanku hanya seketika di hutan rimba Puncak Alam ini. Sungguh, tidak sabar rasanya untuk pulang dan meleraikan segala persoalan yang bertugu di fikiran ku.

0 comments: