BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

Saturday, May 22, 2010

Dunia Baru Ku (^_^)

Setelah 3 tahun aku berhempas-pulas (konon-kononnya) bergelar pelajar universiti, akhirnya pada 20 Mei 2010 lalu, aku berjaya menamatkan pengajianku dengan jayanya. Selang 3 hingga 5 bulan dari sekarang, aku bakal menggenggam segulung diploma (haha..diploma je pun). Dunia baruku kini bermula. Kesibukkan mula menerjah hari-hariku memandangkan kini aku kembali ke alam pekerjaan yang jarang-jarang sekali aku ceburi. “Tak boleh ke awak duduk rumah dulu seminggu dua? Semalam baru je balik dari kampus, esok dah nak pi kerja. Umi tak puas lagi nak borak dengan awak,” begitulah reaksi Umi ku apabila aku mengabarkan yang aku sudah pun di terima bekerja di salah sebuah pasaraya terkemuka di kawasan rumah ku. Terharu aku dibuatnya apabila mendengar luahan hati Umi tapi ketahuilah Umi, yang anakmu ini sedang kemaruk nak mencari duit sendiri. “Ala Umi, jangan la cakap macam tu. Kak Yong keje 8.00am-5.00pm je pun. Kan masih ada banyak masa kat rumah,” aku cuba memujuk. Akhirnya Umi akur dengan kedegilan ku, lantas menerima keputusan ini.

Bercakap mengenai ‘kerjaya’ ku sebagai juruwang atau lebih masyurnya dikenali sebagai ‘cashier’ sebenarnya bukanlah perkara baru dan asing bagiku. Telah lama ku ceburinya sejak aku berusia 16 tahun lagi memandangkan aku adalah dari ‘species’ yang memang tidak begitu gemar menghabiskan masa cuti ku yang berbulan-bulan hanya dengan ‘makan-tido’ sahaja di rumah. Junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pernah berpesan:

"Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Bukan mudah sebenarnya untuk tetap dengan pilihan ini. Bayangkan sahaja, hari ini baru hari pertama aku berkerja sudah bermacam-macam andaian aku terima. Tengah hari tadi, seorang pakcik dalam lingkungan 50-an datang ke kaunter ku dan sempat-sempat sahaja dia mengajukan pertanyaan (macam kaunter pertanyaan daaa) dalam longat Terengganunya, “Awok ni dok sekoloh ke?! Muke comey doh tapi sayang kije sini je. Dok padang ke tuang! ” Hahaha…tergelak hati kecil ku mendengar akan persoalan ‘cerdik’ pakcik tersebut. Walaupun pertanyaannya bebaur sindiran, namun sikit pun tidak terbias di hati ku memandangkan aku sudah terbiasa dengan golongan yang berfikiran tertutup sebegitu. Aku lantas menjawab, “Apa pakcik? Saya tak dengar? Pakcik cakap saya budak tak sekolah?!” Sengaja aku menyergahnya. Terpalit sedikit ketakuatn di wajahnya lantas membalas, “Eh-eh..Tak adalah. Pokcik gurau jer.” Aku pun seraya membalas, “Pakcik, tak baik tau. Gurau-gurau juga tapi kena jaga perasaan orang. Cuba bayangkan kalau saya ni betul-betul budak tak sekolah, tak ke saya akan rasa terhina dan kecil hati? Kesian kat orang yang tak sekolah tu. Tak semua orang dalam dunia ni bernasib baik.” Hmm..mulalah ternganga pakcik tu. Haish! Itu andaian dari seorang insan yang tidak mengenaliku, lain pula bagi yang mengenaliku. Lewat petangnya, seorang yang ku kenali (ustazahku ketika di tingkatan 4) menegurku, “Hah, Wan. Apake ceritanya awak? Belajar sampai ke U, alik-alik kerja sini pulak.” Hadoyai…aku hanya tersenyum (ala-ala 'cool' gitu) lantas menjawab, “Saya baru habis belajar kelmarin, ustazah. Konvo pun belum. Takkan la hari ni habis belajar, esok terus dapat jadi pegawai. Saya ni kerja dengan kerajaan, bukan senang-senang dapat. Banyak protokolnya.” Beliau lantas tersenyum dan mengangguk tanda memahami. Sempat juga lah bersalaman dan mencium tangannya sebelum dia beredar.

Biarlah apapun tanggapan orang sekeliling dengan apa yang sedang aku lakukan ini, aku tetap rasa berbangga kerana aku mampu mencari wang sendiri walau tidak semewah mana. Aku juga bersyukur kerana Allah masih membuka pintu rezekiNya kepada ku. Walaupun tidaklah begitu besar pendapatanku kini, sekurang-kurangnya aku dapat menyimpan untuk hari mendatang yang pastinya membutuhkan banyak wang memandangkan majlis ‘convocation’ bakal menyusul beberapa bulan lagi. Tambahan pula, apabila aku dipanggil untuk mengisi jawatan di sektor kerajaan, aku bakal ditempatkan ke daerah yang jauh dari rumahku.

Ya Allah, Yang Maha Kaya dan Terpuji, Ya Tuhan Maha Pencipta, tempat kembali, Aku memohon kepada-Mu nikmat rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan lagi kepada yang haram, Kayakanlah aku dengan nikmat kurnia-Mu, Ya Tuhan Yang Tiada Lain Daripada-Mu, Dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Yang Maha Kaya dan Pemberi Rezeki, Ya Tuhan Yang Banyak Memberi, Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia...”

0 comments: