BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

Friday, March 19, 2010

Akan Tiba Jua Harinya

Kenyaringan kicauan burung kian jelas kedengaran tatkala mentari mula menyembunyikan jasadnya untuk mengukirkan sinar senja. Seperti biasa, tepat jam 5.00pm aku akan bergegas pulang ke rumah. Entah apa yang ada dirumah sewa itu yang menarikku untuk segera pulang. Setelah selesai menguruskan segala yang perlu, aku mula beriadah besama gadget kesayanganku yang hampir 3 tahun menemani suka duka perjalanan hidupku sepanjang bergelar pelajar. “3 tahun??”, soal ku sendirian. Aku terus-terusan bermonolog. Ya, sudah hampir 3 tahun aku menjadi penuntut di salah sebuah IPTA di negeri Darul Ehsan. Sedar atau tidak, hanya tinggal sebulan saja lagi untuk aku bergelar siswazah. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Masa yang pantas, atau aku yang leka? Mungkin dek kerana aku banyak terleka menyebabkan masa dirasakan beredar begitu pantas sekali.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” Surah Al-‘Ashr (1-3)

Subhanallah… Apakah masa yang telah berlalu aku isikan sepenuhnya? Apakah yang telah aku kerjakan sepanjang kehidupan aku? Apa yang telah aku sumbangkan untuk agamaku? Sungguh, aku tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada persoalan ini kerana kurasakan ketika akal ku berada di tahap kesedaran yang maksimum sekalipun, aku masih gagal dalam aspek pengurusan masa. Apatah lagi jika diluar batas kesedaranku. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini. Mengenangkan masa silam, terimbau kembali saat aku dibangku sekolah. Ketika itu waktu persekolahan bagi pelajar Tahun Tiga di SK Pengkalan Tentara adalah sebelah petang. Justeru, disebelah paginya aku akan menghadiri kelas Fardu Ain. Dalam enam lapisan korteks, neokorteks, arcikorteks, paleokorteks, allokorteks yang berlipat-lipat di dalam otak ku dimana disinilah segala ingatanku tersimpan tentang mata pelajaran Akidah yang diajar oleh Ustaz Tarmuji mengenai Rukun Iman yang ke-5 iaitu percaya kepada hari akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jaauh." (An-Nisaa: 136)

Dalam sesi pembelajaran pada hari itu, beliau telah menyebutkan beberapa tanda kecil hari akhirat. Salah satu daripadanya ialah masa dirasakan begitu pantas berlalu. Mindaku yang ketika itu baru berusia 9 tahun mula berfikir dengan ligatnya dan telah me”relate”kan ilmu itu dengan persekitaranku. “Betul tu ustaz, kelmarin ustaz baru saja berikan saya kerja rumah, hari ni dah kena hantar. Cepat betul rasanya masa berjalan sampai saya tak sempat siapkannya”, suaraku memecah kesunyian kelas pada pagi tersebut. Ustaz hanya tergelak kecil mendengar kenyataanku dan tanpa sedar aku telah meng“kantoi”kan diri ku sendiri. Syukur, ustaz tidak memarahiku tentang tugasan yang tidak siap itu kerana dia menangguhkan tempoh penghantaran berikutan masih ada tugasan baru yang diberikan pada hari tersebut.

Bercakap soal akhirat, banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kewujudan hari akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

“Aku bersumpah dengan hari kiamat, dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?” (Al-Qiyaamah: 1-3)

Telah banyak sebenarnya tanda-tanda yang Allah telah nyatakan. Dan banyak tanda-tanda ini telah berlaku sama ada kita sedar atau tidak. Tanda-tanda akhirat terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar.

Antara tanda-tanda kecil hari akhirat ialah:

§ Zina bermaharajalela

§ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

§ Bermaharajalela alat muzik

§ Menghias masjid dan membanggakannya

§ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

§ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

§ Ramai orang soleh meninggal dunia

§ Orang hina mendapat kedudukan terhormat

§ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

§ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

§ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

§ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

§ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

§ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

§ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

§ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

§ Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

§ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

§ Orang akan melakukan homoseksual.

§ Akan terdapat ramai anak luar nikah.

§ Berkurangnya sifat amanah

§ Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

§ Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

§ Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

§ Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

§ Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

§ Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

§ Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

§ Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.

§ Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

§ Memandang rendah kepada darah

§ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

§ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

§ Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

§ Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

§ Banyaknya berlaku gempa bumi

§ Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

§ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

§ Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

§ Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Antara tanda-tanda besar hari akhirat ialah:

§ Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

§ Lahirnya Dajjal.

§ Keluar asap tebal.

§ Turunnya Nabi Isa a.s.

§ Kemunculan Imam Mahdi.

§ Matahari terbit dari ufuk barat.

§ Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.

§ Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik

§ Runtuhnya Ka'abah

§ Terdengar tiupan sangkakala pertama.

§ Ada azan tak di jawab

§ 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Nah! Lihatlah sekeliling kita. Renunglah diri kita. Cepat atau lambat, harinya akan tiba jua. Lengkapkanlah diri dengan segala bentuk bekalan agar kita bisa berbahagia di akhirat kelak besama syafaat dari baginda Rasulullah s.a.w dan rahmat dari Yang Esa...

0 comments: