Di pertengahan hari, mentari mula gagah beranjak dari ufuk timur menuju ke ufuk barat. Aku bagaikan diulik lena tatkala angin pulau menyapa pipi. Tambahan pula, otot kaki ini bagaikan sudah mengerang kesakitan tetapi tugas harus diteruskan. Hanya tinggal beberapa hotel dan resort saja lagi yang perlu diperiksa di sekitar pulau yang menjadi kebanggaan warga Perak ini. Syukurlah pemilik hotel di sini pemurah orangnya. Dapat jugalah meneguk segelas-dua fresh oren yang begitu menyegarkan tekak yang sedang kehausan. Selangsai sahaja tugasan tersebut, aku dan beberapa pegawaiku beristirehat seketika sementara menunggu team-team lain selesai membuat pemeriksaan. Sedang mereka enak berbicara tentang hal yang aku sendiri tidak begitu pasti, hati ku tiba-tiba dirundum resah. Seakan-akan ada sesuatu yang masih belum aku selesaikan. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah jam tangan merah kesayanganku. Jarumnya tepat menunjukkan jam 2.45pm. Aku mula menyedari yang masa terus bergerak pantas, waktur zuhur juga kian singkat sedang aku masih belum mengerjakan sesuatu yang lebih penting dari tugas duniawi ini. Aku buntu seketika memandangkan aku tidak biasa di pulau ini. Sepanjang pejalanan tadi, tidak pula kelihatan keanggunan masjid atau surau yang tersergam di sini. Silap aku juga kerana lalai sehingga lupa untuk membawa telekung sembahyang. “Akak, ada bawa telekung tak??”, soalku kepada salah seorang pegawaiku. Sengaja aku ajukan soalan sedemikian sedang aku tahu benar apa jawapan yang bakal aku terima, “Akak tak boleh sembahyang lah”. Memang biasa benar jawapan ini meniti dibibir staf-staf di pejabatku. Sungguh, seawal aku berkhidmat di sini, jawapan ini agak janggal kerana tiada sebab untuk seseorang itu tidak dapat menunaikan solat melaikan didatangi haid atas nifas dan tidakkah pelik jika setiap kali ditanya tentang solat fakta ini yang menjadi alasan mereka. Wah, untung sugguh kaum wanita ya! Ada alasan yang kukuh untuk meninggalkan solat. Sedang orang sedang uzur, tidak berdaya, dalam keadaan yang serba kekurangan dan sebagainya juga pun wajib menunaikan solat selama mana dia bergelar umat Islam, sudah baligh dan mempunyai akal fikiran yang waras (tidak gila) walau dalam apa cara sekalipun selagi ia tidak melanggar hukum syarak. Organ respiratori tubuhku sudah berfungsi dengan baik lebih daripada 2 dekat dengan adanya oksigen dalam udara yang dikurniakan oleh Allah di muka bumi yang cukup indah ini dan akhirnya hari ini dari nafas yang aku hela, oksigen yang dibawa ke otak ku telah meransang mindaku untuk berfikir. Saat itu aku sedar yang fenomena ini bukan lagi menjadi perkara luar biasa dikalangan umat manusia kini. Lihat sajalah di pejabatku, tidak sampai 30% pun yang mewajibkan solat fardhu ke atas diri mereka. Apatah lagi jika diperluaskan jumlah ini kepada keseluruhan umat Islam yang ada di sekeliling kita. Memang, ada sesetengahnya yang lansung tidak berperasaan apapun walau dia sedar dan tahu bahawa dia tidak menunaikan kewajipan tersebut. Tidak kurang pelbagai andaian dan spekulasi yang di timbulkan untuk membela diri masing-masing. Ada yang dengan lantangnya berhujah, “Untuk apa solat? Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahulah apa yang kita nak. Berdoa pun dah cukup..” Astaghfirullahalazimm… Cukupkah hanya sekadar meminta-minta dari Allah sedang kita tidak mengabdikan diri kepadaNya? Tidak malukah kita bila menerima segala nikmat dari Allah sedang lansung tidak mengendahkan suruhanNya? Sudahlah!! Apapun hujah-hujah jahilmu yang menidakkan apa yang telah nyata ibarat menarik benang yang basah semata-mata kerana segalanya telah jelas dalam Quran Nur Karim. Firman Alah s.w.t yang bermaksud : “...maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin.” (an-Nisa ... 103) Dan hadith Rasulullah s.a.w: “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya.” ( Riwayat Baihaqi ) Aku sedih dengan sikap sahabat-sahabatku yang bagaikan lansung tidak mempedulikan perihal agama mereka yang juga agamaku. Ketahuilah oleh mu wahai sahabatku sekalian, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Andai kau leburkan agama dalam dirimu, maka leburlah cintaku padamu. Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal, bagi yang meninggalkannya dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, hukumnya adalah KAFIR. Nauzubillahiminzaliq… Firman Allah swt yang bermaksud: “Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat (melengah-lengahkannya)”(Al-Maa’un:4-5). Apa yang lebih menyedihkan, ada juga sebilangannya yang mengatakan “hidayah tak sampai lagi…” MasyaAllah, amat malang bagi insan yang beralasan sebegini. Dia tahu bahawa dirinya belum memperolehi hidayah tetapi dia tidak berusaha untuk mendapatkannya. Benar, hidayah itu milik Allah dan Allah berhak untuk memberikan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya tetapi sebagai manusia kita perlulah berusaha untuk memperolehinya. Sementara mentari masih terbit diufuk timur, selagi sekujur tubuh masih bernafas, berusahalah untuk mencari hidayahNya. Sementara Allah masih sayangkan kita, dengar rintihan kita, masih ada belasNya untuk kita, baiklah kita memanfaatkannya untuk mencari keredhaannya. Jangan leburkan sebuah cinta yang tiada tandingannya ini. Biarkan ia terus bersemadi dalam hati agar hati kita bercahaya dengan cahaya hidayahnya. Buktikan kecintaan kita pada Allah. Peliharalah kecintaan itu sebaik-baiknya kerana bila leburnya sebuah cinta yang amat mahal ini, agak payah untuk memilikinya kembali. Ya Allah…. Aku merenung kembali ke dalam diriku. Cinta yang aku miliki ini masih belum mantap. Kadang ia seteguh karang, kadang ia goyah dek kerana akal yang masih belum mampu menjadi pendidik nafsu dengan sebaiknya, dek kerana lalai dengan urusan duniaMu, dek kerana leka dengan kenikmatan yang Engkau berikan, dek kerana taksub dengan kejayaan yang sering diraih. Padahal segalanya itu adalah dariMu dan milikMu. Astaghfirullahalazim…Semoga cintaku padaMu ini akan semakin menebal hari demi hari agar aku bisa meraih keagungan cintaMu di akhirat kelak. Amin…. “Dunia diciptakan bagi manusia. Manusia diciptakan bagi menuju akhirat”
Thursday, March 18, 2010
Leburnya Sebuah Cinta
Nukilan •*:•ღ✿Ni$HA✿ღ•*:• at 7:38 PM
Labels: Isu Dihatiku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment