Malam menjelma lagi setelah siang melabuhkan tirainya. Aku yang sudah bersiap sedia untuk mengulik mimpi tiba-tiba tersentap dengan deringan telefon comelku yang berwarna merah maroon. Aku menjawab panggilan yang datangnya dari kawan sekolahku dulu. Dengan suara penuh kejantanan, dia bertanyakan aku tentang soalan yang biasanya ditanya oleh kawan-kawan ku yang lain. "Kenapa kau senyap je sekarang. Aku mesej bukannya reti nak balas!" Seperti biasa jawapan ku tak pernah berubah, "Saja, malas! Lagipun tak ada benda yang penting pun untuk aku balas mesej kau. Aku bukannya ada kredit sangat." Hmm..mungkin agak kasar jawapan tu. Tapi apakan daya. Aku bukanlah seorang yang pandai berkias-kias. Bimbang nanti disalah ertikan atau apa yang aku maksudkan tidak sampai ke pemahamannya. Jadi baiklah kiranya aku "straigh to the point". Untuk pengetahuan, aku memang bukan jenis yang suka ber"SMS" kecuali jika benar-benar perlu. Telefonku hanya berfungsi untuk menerima dan membuat panggilan. Itupun kalau ada yang benar-benar memerlukan aku untuk berbuat demikian.
Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, SMS bagi perutusan teks, e-mail, penukar paket bagi capaian internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan MMS.
Tidak kiralah apa jua pekembangan teknologi telefon bimbit masa kini, kita sebagai umat Islam harus tahu batas-batas penggunaannya. Mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini. Bahkan ada juga segelintir yang tidak tahu adanya tergaris adab-adab penggunaan telefon. Tidak ada satu agama di dunia ini yang begitu memperhatikan umatnya dalam masalah adab, etika, bahkan terhadap hal-hal sekecil pun, kecuali agama Islam.
Para ulama pun telah membahas masalah telefon ini beserta adab-adab dalam menggunakannya. Seorang di antaranya, Syaikh Dr. Bakar Abu Zaid. Beliau menulis sebuah kitab berjudul “Adabul Hatif” (Adab Menelefon) dengan sangat bagus, yang mendapat pujian. Beberapa adab yang telah dipetik dari kitab beliau adalah:
- Menyingkat pembicaraan. Percakapan melalui media telefon hendaknya dilakukan sesingkat mungkin untuk menghindari pemborosan wang jika tidak ada keperluan mendesak. Maka disarankan bagi seseorang yang menelefon untuk menyingkat pembicaraannya ketika menanyakan suatu hal.
- Hendaknya dia menahan diri untuk tidak terlalu sering menelefon tanpa keperluan yang benar-benar penting.
- Tidak menyusahkan penerima telefon. Misalnya menelefon orang dan mengujinya dengan pertanyaan: “Apakah kamu mengenalku?” Ketika dijawab “Tidak”, malah mencela dan menyalahkannya karana sudah tidak mengenalnya lagi atau karena tidak menyimpan nombornya. Maka selayaknya si penelefonlah yang harus memperkenalkan diri di awal pembicaraan jika memang ingin dikenali. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, berkata: َ
Aku datang kepada Nabi, lalu aku memanggil baginda. Baginda bertanya: Siapa?” Maka aku jawab: “Saya”. Baginda keluar sambil berkata: “Saya… saya…” (menunjukkan beliau tidak suka dengan jawapan “saya” tersebut). (HR. Bukhari dan Muslim).
- Menjaga perasaan penerima telefon dan tidak membuatnya tersinggung.
- Mematikan telefon atau mengaktifkan tanpa nada (silent mode) saat memasuki masjid. Tujuannya agar tidak mengganggu orang yang shalat dan mengurangi kekhusyu’an mereka.
- Menghindari penggunaan nada dering lagu dan musik. Karena di dalamnya terdapat larangan keharaman dan celaan terhadap akal orang yang menggunakan nada lagu dan musik tersebut. Karena hal ini sangat mengganggu, terutamanya jika sampai dipergunakan dalam masjid atau majlis-majlis umum.
- Jangan merakam atau mengaktifkan “loud speaker” di tengah orang ramai. Syaikh Bakar Abu Zaid, dalam kitabnya Adabul Hatif berkata,
“Tidak boleh bagi seorang muslim yang menjaga amanah dan tidak menyukai bentuk khianat merekam pembicaraan orang lain tanpa sepengetahuan dan seizinnya. Apapun bentuk pembicaraannya. Baik tentang agama maupun masalah dunia. Seperti fatwa, diskusi ilmiah, kajian ekonomi, dan sebagainya”
- Menjaga sopan santun dalam menulis SMS. Hendaknya dia menulis SMS dengan bahasa yang indah, mengandung pelajaran, khabar gembira, pelipur duka atau menyenangkan. Bagus juga berisi pesan-pesan yang mengandung hikmah, dzikir, nasihat, kata mutiara atau semacamnya.
- Meneliti kebenaran suatu pesanan. Jika suatu SMS mengandung suatu informasi, maka pastikan dulu kebenarannya sebelum mengirimnya.
- Hindari pesan-pesan SMS yang tidak baik. Misalnya mengandung kata-kata keji, celaan, gambar tak senonoh atau foto-foto porno. Atau ucapan yang memiliki dua makna, baik dan buruk. Al-Mawardi berkata:
“Dan yang termasuk perkataan buruk, yang wajib dijauhi dan mesti dihindari adalah kata-kata yang bertolak belakang. Mulanya difahami sebagai kata-kata buruk. Lalu setelah diteliti dan dipahami dengan benar ternyata bermakna baik”.
- Dilarang pula bercanda dengan berlebihan. Atau menggunakan kalimat-kalimat cinta, terutama terhadap wanita. Karena wanita sangat suka dipuji dan mudah tergoda rayuan.
0 comments:
Post a Comment