Kepekatan malam kian jelas menutupi alam semesta menandakan berakhirlah satu lagi epilog hari dalam perhitungan masa. Entah kenapa, pejalanan hidupku ditemani linangan air mata sepanjang hari ini. Terlalu rindukan rumah tempatku dibesarkan, umi, abah dan adik-adik membuatkan aku tidak mampu lagi menahan sebak di dada. Baru sahaja 2 minggu lepas aku meninggal’n mereka tapi…..entahlah. Sukar untuk aku mendifinasikan apa sebenarnya yang membuatkan aku terlalu sedih.
Tinggal 2 hari saja lagi aku akan meninggalkan negeri Darul Ridzuan ini dan secara lansungnya aku akan pulang ke bumi Pahang 2 hari akan datang. 2 hari bagaikan 2 tahun lamanya bagi ku memandangkan duit poket ku sudah benar-benar kegersangan ibarat padang pasir tandus dipenghujung kemarau panjang. Ya, benar. Inilah sebenarnya yang membuatkan aku sedih dan ingin segera pulang ke syurga ku. Aku lansung tidak mempunyai wang perbelanjaan buat ketika dan saat ini! Bila dikumpulkan semua yang aku miliki sekarang, tidak sampai $2 pun. Sungguh besar kuasa wang di dunia ini sehingga mampu membuatku berperasaan sebegini rupa. Saat ini jiwaku cukup tertekan. Memang benar, wang bukanlah segala-galanya tapi untuk hidup kita perlukan wang. Ingin sahaja rasanya untuk segera mengakhiri detik-detik suram di sini tetapi sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. FirmanNya yang bermaksud:
“Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.” (An-Nahl: 1)
Lewat pertengahan hari yang baru sahaja berlalu, kawan-kawan pejabatku singgah di KFC. Mungkin ingin meraikan saat terakhir bersama-sama di sini. Alangkah sedihnya aku apabila aku melihat dompet ku hanya tinggal beberapa keping syiling yang aku sendiri tidak pasti berapa jumlahnya ketika itu. Arghh, terasa ingin lari dari terus berhadapan dengan mereka! Tahukah mereka yang sahabat mereka ini tidak mampu untuk melaburkan duit di situ? Tahukah mereka aku cukup bersedih dengan keadaan itu? Ya Allah, inikah cobaanMu buat ku? Mereka menawarkan sedikit wang untuk dipinjamkan kepadaku tapi aku menolak kerana aku tidak yakin aku mampu membayarnya kembali. Biarlah aku mati kelaparan asal jangan mati dikelilingi hutang!
Aku benar-benar tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan situasi ini, lantas kaki ku terus melangkah pergi dari situ. Lansung tidak ku pedulikan apa kata mereka atas perbuatan aku itu. Aku menuju ke tandas kerana ketika itu, tempat syaitan bersuka-ria itu shajalah yang ku rasakan sesuai untuk aku melampiaskan air yang dari tadi bertakung di birai mataku. Maafkan aku Ya Allah. Aku menangis jua akihirnya setelah aku berusaha untuk membendungnya dari terus mengalir. Bukan ku berniat untuk bersedih dengan ujianMu ini malahan aku gembira kerana Engkau mengujiku. Namun, aku ini terlalu lemah, Ya Allah. Aku tidak mampu untuk meghadapinya dengan jiwa yang kental. Aku bimbang ada sahaja sang penghasut di ruang khalbuku yang nantinya bakal mebawaku untuk melakukan hal-hal yang diluar kemahuanku. Peliharahlah imanku Ya Allah…
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia.” (Al-Baqarah: 268)
Sememangnya aku agak sering berhadapan dengan masalah kewangan sejak aku melangkahkan kaki di IPTA. Aku tahu, bukan aku sahaja yang berhadapan dengan masalah ini bahkan ada yang lebih teruk situasinya tetapi bagi ku antara sahabat-sahabat seperjuangan ku yang lain, aku lah yang paling kerap berhadapan dengan situasi ini. Mereka beruntung kerana mempunyai ibu bapa dan adik beradik yang agak berada. Bila dirasakan kewangan mula mengurang, hanya perlu menekan keypad handphone dan bercakap dua-tiga patah dengan ibu bapa mereka. Kemudian tuju sahaja ke ATM, pasti sudah tersedia wang di situ. Tapi aku?? Hmm…aku bukanlah jenis yang pandai meminta-minta dari kedua orang tuaku. Jika mereka hulurkan, aku terima. Jika tidak, bagiku tiadalah rezeki ku. Aku bukan sengaja ingin menyiksa diri sebegini rupa. Aku bukan sengaja tidak memberitahu mereka tentang masalah kewangan yang ku hadapi tapi aku bimbang mereka akan risaukan aku dan bersusah payah mendapatkan wang semta-mata untuk memberikan kepadaku sedangkan ramai lagi adik-adikku yang lain yang lebih memerlukan wang tersebut berbanding aku. Ya benar, itu sudah menjadi salah satu tanggungjawab mereka. Tetapi bukan mudah untuk aku terima hakikat ini kerana aku sudah mampu berfikir, aku sudah mampu merasai kesusahan mereka. Agak tidak tegar bagiku untuk meminta-minta daripada mereka. Mungkin tiada siapa yang memahami perasaan ku ini kerana mereka bukan berada di tempatku. Aku sedih melihat umi ku bersusah payah bersengkang mata semata-mata ingin mendapatkan sedikit wang untuk perbelanjaan kami adik-beradik. Abah pula tak pernah jemu membanting tulang berkerja keras sehari suntuk untuk memenuhi keperluan kami sekeluarga. Ya Allah, aku benar-benar kagum dengan mereka Ya Allah. Aku tidak pernah menyalahkan mereka kerana aku terpaksa berhadapan dengan masalh sebegini kerana bagi aku apa yang mereka telah berikan kepadaku terlalu cukup. Mungkin perbelanjaan ku di rantauan ini terlalu besar sehinggakan apa yang sepatutnya cukup menjadi tidak cukup. Air mata terus membasahi pipi ku. Ia mengalir deras tanpa mempedulikan sesiapa pun yang ada di sekelilingku. Dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusanku. Terasa lemah benar diri ini kerana masalah sekecil ini sahaja air mata naif mengalir deras sedangkan Rasulullah dan para sahabat diuji dengan bermacam-macam bentuk ujian yang lebih berat dari ini. Mungkin inilah yang membuatkan aku terus kuat untuk berhadapan dengan hari-hari yang telah berlalu sebelum ini walaupun air mata menjadi teman setiaku. Aku percaya pasti ada sesuatu yang telah tersedia untukku dalam rencanaMu ini. Bibirku tidak penah putus menitipkan ayat suci Allah. Inilah azimat yang dibekalkan oleh umiku tatkala aku bersedih, saat aku meragui rahmatNya. Sehinnga kini, ia menjadi amalanku di setiap helaan nafas ku. Masudnya cukup indah sekali. (Ayat Seribu Dinar)
“…Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”( Surah At-Talaq: Ayat 2-3)
Bimbang aku terus terleka dalam kesedihan yang amat ini, aku lantas membuka sebuah kitab yang bertajuk “La Tahzan” (Jangan Bersedih!) karya Dr. ‘Aidh al-Qarni. Salah satu petikan kitab tersebut adalah:
“Mereka yang menangis sedih menatap masa depan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sadar bahwa usia hidupnya berada di 'genggaman yang lain tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu kapan akan mati, tentu salah besar bila justru menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak berwujud. Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan kabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya.“
“Sampaikan kabar gembira kepada malam hari bahwa sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah. Kabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan bahwa, pertolongan akan datang secepat kelebatan cahaya dan kedipan mata. Kabarkan juga kepada orang yang ditindas bahwa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba. Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahwa di balik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan.”
“Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkalpun, karena setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus bergulir, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meski demikian, yang gaib akan tetap tersembunyi, dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua. Tetapi sesungguhnya, setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.”
Subhanallah…cukup indah kata-kata beliau. Aku kini mampu mengukir senyuman dan menyeka air mata yang hampir kering ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberiku petunjuk untuk membaca kitab ini. Mungkin inilah caranya Engkau meredakan tangisku dan memujuk hatiku. Ayat-ayat suci Mu yang di ambil oleh beliau dari KalamMu benar-benar mengubat hatiku yang sedang berduka ini. Sungguh penyayang Tuhan ku yang satu, Allah S.W.T…Semoga kasih sayangmu sentiasa menemani perjalannan hidupku ini. Dan aku mohon padaMu Ya Allah, kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku hinggalah saat ini. Sesungguhnya aku amat sayangkan mereka… Amin…
0 comments:
Post a Comment