Pancaran terik mentari menembusi jendela kamarku. Aku tersentap dari lena yang singkat dek kerana pantulan cahayanya yang menyilaukan. Keringat hampir membasahi bajuku berikutan proses Homeostasis yang bertindak sebagai mekanisma kawal atur untuk mengstabilkan semula suhu badan yang bertindakbalas dengan suhu persekitaran yang sangat tinggi. Sungguh, suhu bumi ini semakin meningkat! Aku bingkas berwuduk memandangkan waktu Zuhur hampir tiba.
Selesai sahaja bertemu Maha Pencipta, aku sempat membaca beberapa baris ayat dari Al-Quran yang bermaksud:
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [ar-Rum (30):41].
Sememangnya ayat-ayat Allah itu benar. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Telah banyak kerosakan yang belaku di muka bumi ini. Hari demi hari bumi kelihatan kian tesiksa. Keindahannya juga kian luntur. Yang jelas, bumi semakin tua. Kini bumi diserang penyakit yang tiada penawarnya iaitu “Global Warming infection”. Ia tidak mampu lagi untuk menstabilkan suhunya memandangkan salah satu anggotanya yang terdiri dari sebatian tiga atom oksigen pada setiap molekul yang disebut Ozon yang terdapat pada lapisan Stratosfera kian menipis. Ianya bertindak sebagai penapis cahaya ultra-ungu dari sinaran matahari.
Hmm.. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah satu daripada beribu punca bumi menjadi semakin panas. Usah ditanya apa lagi puncanya kerana sejak dibangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan pengetahuan ini. Bila perlakuan tidak lagi ramah, manusia semakin rakus meraih keuntungan duniawi tanpa rasa berdosa dan tiada rasa segan silu terus merobek segala yang ada di perut bumi. Chlorofluorocarbon, Multitude Chemical, dan segala jenis bahan kimia yang diciptakan oleh manusia yang hanya memikirkan tentang kebaikan sedang ia menzahirkan lebih banyak keburukan dari kebaikan yang mereka fikirkan.
Kemungkaran dan kemaksiatan yang kian berleluasa di muka bumi Allah ini bukan sahaja menjadikan bumi semakin panas bahkan menjadi semakin ganas dengan pelbagai bencana (tsunami, gempa bumi, taufan tornado) dan pelbagai lagi musibah. Seperti firman Allah dalam kalam suciNya yang bermaksud:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." [ar-Ra’d: 11]
Sesungguhnya apa yang dialami ini hanyalah setitis jika dibandingkan dengan azab Allah diakhirat kelak. Nauzubillahiminzaliq…
0 comments:
Post a Comment