BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

Tuesday, March 16, 2010

Percikan Api Neraka

Aku melangkah longlai menuju ke bilik mandi. Terasa begitu lemah kudrat ku. Tapi tetap ku gagahi demi menunaikan tanggungjawab ku sebagai hambaNya. Air yang menjamah kulit ku terasa dingin skali. Bak kata orang dulu-dulu, "sejuk hingga ke tulang!". Kedinginan air yang kurasakan mencecah 4°C itu membuatkan aku berasa sedikit segar.

Aku masih cuba menggagahi diri ini untuk ke pejabat. Namun setibanya aku di perkarangan pejabat, aku rebah. Ku rasakan seperti berada di awangan. Aku tak berupaya lagi untuk kembali melangkahkan kaki. Syukur masih ada teman yang sudi menghantarku ke klinik dan membawa ku pulang. Ketika itu, suhu badanku mencecah 38.9°C! Patutlah aku rasa otak ku seolah-olah mendidih, segenap urat mataku terasa panas sekali.

Sebelum badan direbahkan di peraduan, aku sempat menelan 2 biji Amoxycillin yang perlu dihabiskan dalam masa semiggu. Selain itu aku dibekalkan dengan Triprolidine HCL & Psedoephedrine. Alhamdulillah, dengan izin Allah, beberapa jam selepas aku terlena suhu badan ku menurun walaupun kepala masih terasa berat.

Aku merenung sendirian, berfikir sejenak tentang hikmah di sebalik rasa sakit yang ku alami. Benar, apa yang ku alami ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan orang lain yang mengidap penyakit yang lebih parah. Namun, Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa asbab. Walau sekecil mana pun ia, pasti ada hikmah disebaliknya. Tiba-tiba terngiang-ngiang di benak fikiranku tentang hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a yang bemaksud:

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, begitu besar sebenarnya hikmah disebalik demam ini. Sekurang-kurangnya rasa sakit yang aku alami ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya dosa-dosaku terlalu banyak Ya Allah sehingga aku buntu memikirkan bagaimana aku harus lakukan demi menebus semula segala kekhilafan ku sepanjang peghidupan ini. Kerana ku rasakan apa yang aku lakukan dan apa yang aku alami sekarang masih belum setimpal dengan dosa-dosa yang telah aku kerjakan.

... اَسْتَغْفِرُ ٱللهَ ٱلْعَظِيمَ

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari percikan api neraka di akhirat kelak. Amin...

0 comments: